Wednesday, 11 September 2013

Kilang Gajus - Sri Bhurapha Orchid Co. Ltd


nasamulia
Assalamualaikum...
Kepada pengemar kekacang khasnya gajus (cashew nut) jom singgah di kilang ini.  Pihak pengurusan ada menyediakan teh gajus bercampur madu khas kepada pelawat.  Mesti try, memang sedap dan percuma. 

Pelawat boleh saksikan sendiri bagaimana mengeluarkan isi buah gajus menggunakan mesin.  Patutlah mahal gajus ini, nak dapat kira-kira sekilo pun makan masa sempat berpeluh ketiak (di kilang xde air-condlah)..



Ruang produksi ini, adalah proses mencampurkan perasa dengan kacang gajus panggang.  Bersih kan....


Yang penting diperakui halal oleh pihak berkuasa agama Islam Thailand.

Gajus yang siap diproses telah ditambah dengan pelbagai perasa seperti cokelat, wasabi, keju, madu, bawang putih dan banyak lagi.  Setiap perasa ada disertakan dengan sample untuk di tasting...

Disarankan beli di kedai ini, kedai yang kami singgah sebelum ini agak mahal.

Nampak tak ada buah masak ranum di celah-celah daun tu?  Jangan tertipu, tu semua replica gajus..Mula2 tipah tertipu you..


Wassalam.

No comments:

Post a Comment