Wednesday 25 September 2013

FHM Malaysia 2013

nasamulia

Assalam semua,
Minggu lepas telah berlangsung FHM Malaysia 2013 di KLCC convention centre (17 - 20 Sept 13).  Acara ini merupakan acara yang dinanti2 oleh semua player dalam F&B sektor.  Mulia and the geng hanya sempat melawat pada hari terakhir 20 Sept 13.  Ini merupakan kesinambungan Food & Hotel Show yang dianjurkan di beberapa buah negara di Asia.  Sebelum ini telah berlangsung di Bangkok Thailand pada 4 - 7 September yang lepas.

Bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor F&B, di sinilah tempat untuk mendapatkan pelbagai info dan barang yang berkaitan.  Bagi pelajar2 dan junior2 dalam bidang kulinari, FHM merupakan salah satu platform untuk mengukur kredibeliti mereka dalam bidang ini.


Peralatan sebagai alat bantuan penting dalam seni persembahan makanan.  Ia dapat menonjolkan gaya, citarasa dan tema sesuatu majlis.




Alat bantuan lainnya....


Pelbagai jenis ramuan dan makanan yang dipamerkan, ada antara yang esotik dan baru pertama kali kami ditemui.....








Antara seni kreativiti peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan..





Jumpa Chef2 ini di sana...


Sampai jumpa lagi di FHM akan datang, Wassalam.

No comments:

Post a Comment