Assalam semua...
Ada sesiapa tahu nama sebenar buah dalam gambar ini?...Mulia dah banyak umur tapi baru pertama kali jumpa buah ini...mula2 ingat buah asam gelugur yang orang buat asam keping tu.
Mulia dapat buah ini daripada adik ipar kesayangan. Dialah yang membawa buah ini dari kampung. Sebenarnya buah ini dibawa untuk sepupu yang jugak tinggal di kl dan gemar makan buah ini. Disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan, buah ini beralih tangan. Dapat kat Mulia, rezekilah katakan. Tapi cam orang jakun gak, sebab tak pernah jumpa kan...
Diorang kata namanya buah ini adalah Buah Cupu. Mungkin buah cupu adalah antara buah-buahan nadir yang tidak berapa dikenali berbanding buah pulasan mahupun rambutan.
Diorang kata namanya buah ini adalah Buah Cupu. Mungkin buah cupu adalah antara buah-buahan nadir yang tidak berapa dikenali berbanding buah pulasan mahupun rambutan.
Buah ini jenis yang fragile, kalau jatuh dari pokok terhempas terus lebam dan lembek. Beginilah isi buahnya, isinya berulas-ulas kecil dan setaip ulas ada biji berwarna hitam. Isinya lembut dan berjus, rasanya pula sedikit masam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment