Saturday, 9 May 2020

Sop Buah, Hidangan Kegemaran Di Bulan Ramadhan

Assalam...
Menu berbuka ramadhan tahun ini yang banyak kali ulang tayang, dah lebih 3 kali buat tapi belum jemu lagi.  Selalu dessert saya seorang saja yang suka, tapi yang ini menjadi kesukaan ramai.


Senang, mudah dan cepat disediakan lagi pun banyak khasiat buah dalam tu.  Cuci-cuci, potong-potong dan gaul-gaul dan siap.  Yummy for tummy.  Pilihan buah tu bergantung kepada kita suka buah apa, tapi sebaiknya pilih buah-buahan yang manis dan sedikit masam.  Lebihkan yang rasa manis, gitu.  Tips dari penjual sop buah yang saya kenal, hasil sop buah yang paling sedap mereka guna syrup jenama 'kurnia' tapi saya pun tak pernah guna lagi yang tu.  Katanya dekat kedai-kedai aceh ada jual, tapi boleh jer kita tukar ke jenama lain dan kita sesuaikan rasanya ikut tekak masing-masing kan.  Tiada sukatan khusus nak sediakannya, letak serba sedikit potongan buah-buahan tu sementara susu dan syrup ikut lemak manis yang kita nak.


Sop Buah-buah
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
Buah naga
Mangga
Nata de coco
Strawberry
Anggur hijau / hitam / merah
Kiwi
Nangka
Avocado
Chia seed / biji selasih (optional)
Susu cair
Susu pekat (kadang saya skip yang ini)
Syrup (kurnia/ambon/coco pandan/rose)
Gula jika suka manis
Ais Batu

CaraPenyediaannya
* Cuci dan potong dadu buah-buahan dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
* Letakkan chia seed, susu, syrup dan gaul sebati.
* Sesuaikan rasa lemak manisnya.
* Sejukkan dalam peti ais atau masukkan ais batu.
* Hidangkan sejuk.


Melting betul lah, sabaq, sabaq....


Menu dessert saja dah pelbagai, warna warni gitu, ada yang baru buat ada yang berbaki dari semalam.  Tapi sop buah tu selalu buat fresh tak simpan, buat mesti habis.

Berkenaan syrup tu, jika tak boleh dapat syrup jenama yang saya sebutkan di atas, boleh jer ganti dengan sirap ros kenduri kawen.  Baru-baru ini saya guna sirap campuran rose lychee brand 'sunquick' sedap juga.  Selamat mencuba dan selamat berbuka kawan-kawan.
Wassalam.

4 comments:

  1. Tgk gambar je dh rasa segar rasa...kalau tambah air batu pergh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Wah. mcm menarik ni. ok.nak try lah nanti.

    ReplyDelete
  4. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete