Assalam.
Agak lewat juga kami sampai kawasan Jalan Cibaduyut ini sebabkan jalan macet selepas turun dari kawan putih tadi. Jalan Cibaduyut terkenal untuk shopping barangan kulit, maka semua pencinta handbag, kasut inilah syurganya, itu mereka katalah. Gucci, LV segala-galanya ada, ori tak ori hanya jauhari mengenal manikam. Saya hanya kenal makanan dan minuman saja...hehehe
Pemandangan biasa penjaja jalanan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat. Masa-masa jem begini dijadikan kesempatan mereka mencari rezeki, kalau nak boleh lah beli.
Sampai di sini, geng cik kiah terus lesap bedesup mereka nak shopping. Kami macam biasa window saja yang lebih, scan tengok harga dan design macam tak berkenaan jer. Geng cik kiah dengarnya ramai cikgu, memang mereka gemarlah benda-benda macam ini kan.
Kiplingnya ratusan ribu hingga jutaan rupiah juga, still murah di sini jika compare yang dijaul di sogo tapi yang mana satu ori tak dapat saya nak pastikan.
Saya suka yang dalam gelas nie, tapi bukan nak beli pun. Kalau nak guna, ambil aje yang arwah mak saya punya, saya tengok dia ada beli satu masa gi mekah dulu. Simpan dalam kotak dan tak pernah tengok pun dia guna. Tinggal kat kampung nak guna gi mana kan, mana ada nak attend dinner, gi kenduri kawen bawa beg pasar malam saja, itu pun kalau bawa beg. Budaya orang di Indonesia lain, memang mereka harus ada koleksi macam ini sebab kenduri kat kampung pun sangatlah vass dan mereka bergaya dengan pakaian yang harus padan dengan clutch blink blink.
Walau dalam geng kami ada penggemar handbag, tapi seorang pun tiada yang menunjukkan minat nak membeli. Tak best ye, beli kat sogo lagi best kot.
Masuk kedai kasut pula, nampak gaya geng kami ramai yang tertarik. Layankan saja, diorang tanya saya jawap sejujurnya mana yang sesuai sesekali jadi jurubahasa antara si penjual atau tolong mereka kira duit.
Mereka beli berpasang-pasang kasut vans ni, beli untuk adik, beli untuk anak. Saya, leceh ah ada tali.
Jual senapang secara terbuka di sini, ada peluru ker tak tu. Takut-takut nak pegang sebab ingat benda ini boleh meletup kan. Rasa-rasa kalau beli minta permit nak tembak tupai boleh lepas tak bawa masuk.
Penat rasanya saya ronda masuk satu kedai ke satu kedai, termasuk kedai barangan kulit di seberang jalan pun kami pergi dengan hujan renyai membasahi bumi. Akhirnya saya undur diri jadi peneman, singgah minum jus di kios adik ni, tunggu mereka di sini saja sambil minum sambil saksikan drama kehidupan petang di Jalan Cibaduyut Bandung.
Jeng jeng jeng, akhrinya saya jumpa surga saya pula. Kedai jual cemilan tempatan segala jenis kerepek, dodol dan manisan lainnya. Mari kita cari dodol garut.
Kerepek pisang salai ini yang paling win. Siapa nak pergi Bandung nak kirim. Ada 2 jenis kiri dan kanan, paling suka yang sebelah kiri warna putih tu. Kenal benda ini dari seorang bekas rakan sekerja yang berulang alik ke bandung atas urusan projek sambal terasinya, dia yang perkenalkan kerepek ini dan terus jatuh chenta....
Dibahagian depan kedai kerepek ada kerepek yang baru siap digoreng, kerepek tempe, pisang dan tahu. Mereka bagi jer rasa, silahkan rasa teh, teteh, maksudnya sila rasa kakak, bukan dia suruh minum teh. Heran juga saya mulanya mengapa mereka asyik panggil teh, teteh tak panggil kita mbak. Bandung kan Sunda, panggilan teh, teteh lebih utama terang pak supir.
Sebelum balik, kami makan malam nasi padang di kawasan cibaduyut juga. Nasi padang di rumah makan Sederhana, geng cik kiah pun sama tapi meja lain lah.
Kisah jalan-jalan kami hari pertama sudah habis, bestlah juga. Ketua cakap esok pak supir kami punya sebab ketua tak ikut kami, dia nak pergi buat urusan dia. Tujuan utama dia datang ke Bandung atas urusan itu, orang berniaga kan, pergi deal dengan supplier atau client dia lah tu. Geng cik kiah pula ikut supir satu lagi, jadi esok mari lah berentap mempergunakan pak supir. Sampai hotel malam-malam kita bincang dengan geng kami esok nak pergi mana.
Wassalam.
cantik enbeg blink2 suka
ReplyDelete