Wednesday, 18 December 2019

Jalan-Jalan Bandung: Sarapan Di Hotel

Assalam...
Sarapan pagi pertama di Bandung, hotel sediakan, ok lah kan dapatlah berjimat sebab poket dah rabak semalam bayar sewa.  Hotel mereka walaupun tak berbintang sangat, selalu ada sediakan sarapan pagi.  Rasa hari pertama saja ambil gambar sebab mostly sama saja dan hidang ala carte.  Hari tu awal sikit sarapnya, tak lah awal mana dalam jam 6 atau 7 pagi waktu sana sebab hari pertama perjalanan agak jauh keluar kota dan sebelum macet.


Sarapan kami macam dalam gambar, atas tu tak silap adalah nasi uduk dan yang bawah nasi goreng, dan ada juga set bubur dihidang dengan minuman panas kopi or teh.  Nak lebih-lebih mereka boleh buatkan tambah saja rupiahnya. 


Sebahagian ruang santai di bahagian koridor bilik-bilik yang terletak di tingkat bawah.  Bilik kami dekat saja dengan lobi dan kaunter, jadi ruang rehat dia memang kat lobi saja.


Ini cafe yang terletak dibahagian belakang, suasana lebih santai dan terbuka untuk menikmati sarapan.


Pokok lidah buaya yang subur, bagus nie kalau buat jelly campur dalam minuman.


Entah apalah yang si sumandak ini kelebek, berkenan dengan susunan potongan kayu dan buloh tu agaknya.  Idea untuk rumah akan datang.


Perabot lama dan kayu antara tatarias dalam utama hotel ini, ciri indonesia banget yang lebih suka menonjolkan apa yang mereka punyai.  Bangga dengan hasil asli negara.




Gambar dengan "geng", geng ke? hiks walau tak cukup corum lagi.  Kenangan, walaupun dalam hati masing-masing ada benda yang tak terluah.


Bandung the Capital of Asia Africa. Persidangan ini pertama kali di adakan di Bandung pada 1955 dan terbentuk atas dasar senasib kerana pada ketika itu kebanyakkan negara di Asia dan Afrika masih dijajah.


Awal pagi keadaan jalan raya dalam kota masih belum sesak lagi.  Memang supir sudah pesan untuk keluar awal untuk elakkan macet yang teruk.  Kalau nak rasa dasyatnya macet di bandung silalah berkunjung pada hujung minggu yang jatuh pada hari cuti umum mereka.



Halangan pertama sudah dilepasi, sekarang kita menuju ke daerah pedalaman dan kenderaan kena mendaki sedikit tetapi suka akan pemandangannya. 
Wasalam.

No comments:

Post a Comment