Wednesday, 18 December 2019

Jalan-Jalan Bandung: KL ke Bandung

Assalam...
Lamanya waktu nak ambil untuk menulis cerita ini sebab macam pahit juga lah bagi kami yang miskin tak berduit tapi berangan nak travel mengikut rombongan orang yang tak dikenali, ini semua hasil mulut manis orang yang menjaja cerita dan kami pun terpedaya.  Tapi dah dapat pergi dan balik dengan selamat, Alhamdulillah dapat jejak kaki di bumi Sunda. Perjalanan ke Bandung menaiki flight akhir dari KLIA2 pada petang itu.  Apa lah yang boleh ditengok malam-malam kan.  Hari tu kami datang awal ke airport awal cuma lama menunggu nak clearkan rombongan cik gayah yang ada kesilapan teknikal pada tiket mereka.  Untung juga ada cousin yang kerja di situ, siap bawa pizza dan air untuk kami petang tu, dapat makan gembira lah sikit kan.   


Sebahagian daripada rombongan kami, tak kenal pun mereka nanti-nantilah berkenalan.  Sebab kami dah chop awal-awal sesuatu yang tak best jadi kami pun diam-diam jelah.


Ruang udara Bandung, kapal dah hampir mendarat hanya dapat lihat cahaya lampu.  Waktu mereka cepat sejam dari KL, jadi macam dah larut malam sangat waktu sampai tu.


Supir yang jemput di bandara terus jer bawa kami ke hotel penginapan.  Tempahan semua diuruskan oleh ketua group, kami mengikut saja.


Kekecohan pertama berlaku, semasa hendak check in, ketua minta kami jelaskan bilik masing-masing selama 3 malam di sini.  Aik yang kami difahamkan oleh si mulut manis tu, bayaran yang kami bayar tu semua dah termasuk tiket penerbangan, hotel dan bayaran ke tempat-tempat wisata.  Cuma kena bawa wans saku untuk shopping dan makan sendiri.  Tak guna bertekak malam-malam bayar saja lah, nasib dah tukar duit rupiah yang cukup untuk bayar hotel. 

Lepas settled hotel, berkira-kira pula nak bayar apalagi selepas ini.  Esok kenalah cari money changer lagi.  Sudah lah lapar, sakit hati campur geram lagi, semua ada.  Nasib mampu kawal diri waktu itu.  Pengajaran jangan sekali percaya pada si mulut manis, alih-alih dia tak join pun trip tu.


Rezeki malam tu dinner malam pertama di Mc.D saja, sebelum tu dah singgah kat gerai tepi jalan, tapi ada pula yang membantah atas faktor kebersihan.  Baik lah, ikut kata majoriti.

Lepas makan balik hotel saja, takde nak ronda-ronda lagi.  Lagi pun dah larut malam kan, nanti ada yang komplen pula.  Jadi mari lah kita balik hotel dan tidur, maafkan semua orang, moga dapat mimpi indah dan hilang rasa sakit hati esok hari.
Wsalam.

No comments:

Post a Comment