Wednesday, 18 December 2019

Jalan-Jalan Bandung: Paris Van Java & Jalan Cihampelas


Assalamm...
Hujan masih renyai ketika kami keluar dari Jalan Asia Afrika, saya minta pak supir singgahkan di mall terdekat sebab nak cari kedai buku Gramedia.  Ada beberapa buku penulis Indonesia yang saya sedang cari ketika itu, dia cadangkan kita singgah ke mall Paris Van Java saja mungkin yang lain boleh shopping di sekali dalam Mall.


Sampai ke sini, nak kena cari toilet pulak.  Toilet dia punya best dalam taman, eh tak lah kena melalui taman untuk sampai ke toilet.  Dinding toilet dihias dengan tanaman dalam, tak rupa macam nak pergi toilet kan.


Ini taman yang kami maksudkan, taman atas bumbung mall.  Taman yang kami jumpa secara tak sengaja dek kerana mencari toilet.  Hujan renyai tak halang nak berselfie dengan bunga matahari di situ.


Ok jom pilih-pilih buku yang berkenan.  Rasa macam nak angkut banyak, tapi sabar duit rupiahku tak banyak mana.


Siap urusan di Van Java Mall, kami di bawah ke Jalan Cihampelas katanya ini pun pusat untuk shopping juga.  Erm tak habis-habis shopping, rupiah dah habis dah nie.  Tak tahu sama ada ikon-ikon super hero tu masih terpacak di sana sebab kalau tak silap bahagian atas jalan tu dah disediakan laluan pejalan kaki yang lebih selesa dan selamat untuk pelawat.


Jalan ini memang sesak, sesak dengan kenderaan, sesak dengan ramai pelancong yang mundar mandir masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain.  Soal keselamatan sangat perlu ambil kira juga nya terutama yang berkunjung bersama kanak-kanak.  Saya dah tak fokus nak mencari-cari barang lagi, hanya berjalan-jalan sambil memerhati sekeliling.


Kami berjalan laju saja menyusur ke depan hingga berjumpa dengan Cihampelas Walk.  Wah macam best tempat ini, lebih aman dan santai banding kawasan shopping di luar tadi.


Resto 77 Es Teler ini memang faveret sejak dari dahulu (kenal masa duk penang dulu di Kompleks Bukit Jambul ada resto ini).  Suka sangat dengan air nama es teller tu, campuran isi kelapa, nangka dan avocado.


Macam ngam dengan slogan tu...Sumpah


Satu Cihampelas Walk telah kami ronda, sekarang mari kembali ke pangkal jalan, mencari geng kami yang kami tinggalkan tadi.  Kami datang semula ke tempat kami tinggal mereka tadi, mereka tak siap lagi shopping.  Last jumpa kedai jual cemilan, riki-riki lagi apa yang kami nak top up.


Coklat pun macam-macam nak tarik orang beli kan, maaf saya tak gemar kamu.


Jumpa yang diidamkan, Bandeng Juwana, memang enak.  Ikan susu yang telah di salai dan segala duri (tulang) telah dicabut, jadi tak risau nak makannya.


Sementara kawan-kawan kami pula yang masuk kedai cemilan tadi membeli-belah, kami pekena mie ayam di stall tepi jalan.  Ajak mereka mesti tak mau, kami tahu lah selera kawan kami tu macamana.  Kami on saja stall tepi jalan pun ok, Alhamdulillah kenyang.


Sebelum pergi makan malam tempat yang dicadangkan oleh pak supir, kami minta dia singgahkan di Rumah Mode.  Bukan nak sambung shopping lagi tapi nak cari toilet dan nak ajak kawan-kawan ambil gambar patung dewi sarasvati (dewi ilmu pengetahuan).  Apakah kaitan shopping dengan ilmu pengetahuan, tepuk dada tanya selera.


Rumah mode ini tempat shopping dan makan-makan secara ekslusif.  Kawan saya kata orang have-have boleh lah habiskan rupiah di sini, kita cari warung dan kaki lima sudah.


Mari kawan kita pergi makan, perut dah kehabisan tenaga berdondang sayang dari tadi.  Dari tengah hari memang tak makan secara proper pun kami ini, pagi tadi saja sarapan berat dekat hotel.  Ini rumah makan yang dicadangkan pak supir sebab kami nak makanan ala sunda.


Terima kasih buk kasir dan bapak kasir, sanggup tunggu kami siap makan, siap makannya dah lama tapi sambung bersembang yang lebih dengan pak supir.  Hatur nuhun sekali lagi bapak ibu.


Susun hasil hari ini, tak banyakkan barang-barang kami.  Ini hasil dari 5 orang.  Plastik beg pun yang kecil-kecil saja, sebab tujuan kami datang bukan untuk shopping cuma beli lah serba sedikit untuk buah tangan kawan-kawan.


Badan sudah penat berjalan seharian, moh le kite kemas-kemas barang-barang sepencarian sebelum tido.  Esok pagi kalau terlambat pun takdelah kelam kabut kan.  Esok pagi seawal jam 5 pagi kita kena check out untuk ke airport.
Wassalam.

1 comment:

  1. Kalau baca entri blogger ke Bandung mmg itulah antara tempatnya yg dikunjungi ye Nasa, Chimpales, minum Es Teller.... Apa tu Nasa mcm tapai...

    ReplyDelete