Assalam...
Pagi kedua, sambung teman-teman bershopping, teman saja tau. Tak jauh dalam kota, pusat shooping terkenal, kalau tak pergi tak sah kata orang iaitu Pasar Baru. Hasrat jalan-jalan ke Pangkuban Perahu terpaksa dibatalkan dengan alasan macet yang sangat teruk. Oh iya ok ayok dalam kota saja tak kurang banyak benda boleh dilawati.
OK sampai Pasar Baru, pak supir driver kereta sampai ke tingkat atas sekali dan terus menuju ke kedai kain sulam yang diberitahukan oleh ketua group. Sebagai perempuan bila ditunjukkan satu kedai dan ko rasa kurang menarik, mesti nak servey dan level tu dulu, tak jumpa pergi ke level lain pulak. Geng kami dah tersangkut kat sini sementara kami yang tak tertarik pergi mencari daya tarikan baru di level lain.
Sebagai panduan ambil gambar petunjuk apa yang ada level by level dalam bangunan Pasar Baru Bandung. Tak sempat cover pun semua, kami terus saja ke level kedai-kedai yang menjual kain lace setelah bertanyakan pada penjual di situ. Ke level L2 (Lantai 2) tak silap kami pergi.
Kan dah terjumpa benda yang menarik minat mulut dan perut. Beli pastel dan risoles, makan berulamkan cili padi memang best.
Sedang pilih-pilih lace di sini, geng kami pula sibuk call suruh kami cepat bagi tau pak supir sudah datang nak pick up. Haishhh potong stim betul depa nie, baru nak naik syer tengok lace dah kena balik pulak dah. Pilih, bayar dan pergi dapatkan mereka di tingkat atas.
Keluar dari Pasar Baru, pak supir bawah kami pusing-pusing dalam kota, tak pusing mana pun sebab macet yang teruk. Kalau tengok dari peta, lokasi Pasar Baru ke Jalan Asia Afrika ini tak jauh sangat.
Pak supir cadangkan kami jalan-jalan sini dulu, sebab sini banyak bangunan sejarah dan benda menarik. Kalau nak lunch pun boleh saja di sini kata pak supir, tak sempat nak jalan mana hujan lebat dah turun. Kami yang mula berjalan berkumpulan dah berpecah mencari tempat berlindung ketika hujan lebat. Sempat snap beberapa gambar saja ketika masih dalam kereta sebelum hujan.
Batu bulat yang ditelakkan di kawasan laluan pejalan kaki mewakili nama setiap negara peserta Asia Africa. Puas cari nama Malaysia tapi tak jumpa.
Bandung zero "0" kilometer di depan Bangunan Bina Marga bandung.
Pikiran Rakyat, salah satu surat khabar tempatan yang lahir di Bandung, di bawah pondok tu ada mesin pencetak yang mereka gunakan zaman mula-mula penerbitan akhbar tersebut.
Museum Konperensi Asia Afrika, tak sempat masuk.
"Bumi Pasundan lahir ketika tuhan sedang tersenyum" M. A. Brouwer. Gambaran Bandung dari kacamata seorang (warga Belanda) yang terkenal sebagai psikologi, guru, kolumnis dan, pensyarah yang sebahagian hidupnya berada di Indonesia.
Persidangan Asia Afrika ke-60 baru saja melabuhkan tirai ketika kami berada di Bandung masa tu, banner dan banting tentangnya masih terdapat di mana-mana.
KAmi teruskan perjalanan untuk ke masjid raya dan monumen ASia-Afrika, namun panas yang harap sampai ke petang, hujan selebat-lebatnya turun ketika kami sedang pose-pose di hadapan bank BNI. Berlarian untuk berteduh di bawah jambatan terdekat, mampu tengok dari jauh sajalah 2 binaan tu takde rezeki sampai situ, bila hujan dah teduh pun kami terus dapatkan upir untuk ke tempat lain pula.
Rezeki penjaja jalanan ini terus mengalir ketika gari hujan, ramai yang berteduh di bawah jambatan memesan jualannya. Jadah bakar sangat enak dimakan panas-panas sambil menunggu hujan teduh, kami pesan berulang-ulang jadah bakar nie.
Hujan redah saja kami cepat-cepat dapatkan pak supir, nasib dia tak park jauh-jauh. Tak tahan dah kaki berdiri dan bersesak di bawah jambatan, untuk juga dapat makan jadi takdelah beriya sangat nak mencari makan tengah hari. Lunch kita tungga ke dinner yang best sikit.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment