Wednesday 25 October 2017

Wantan Goreng Inti Ayam Cincang.


Assalam...
Jom buat kudapan yang savori, sebelum ini kita makan kudapan asyik pilih yang manis-manis jer kan.  Kali ini tukar selera sikitlah makan yang savori pula.  Savori ini istilah untuk makanan (kuih) yang rasanya selain dari manis, maksudnya yang pedas-pedas (hanya itu yang mampu diingati dari kelas SRT dulu).  Nak maksud yang lebih tepat sila rujuk kitab tukang masak Larousee Gastronomique.  Jom masuk dapur kita buat wantan goreng, chinese cuisine yang telah ditokok tambah mengikut kesesuaian tekak melayu.



Lipat-lipat, pintal-pintal jadi ikut bentuk suka hati, yang penting jangan terbuka ketika menggoreng.


Goreng dalam minyak penuh, jangan terlalu kuat apinya, kulit wantan tu cepat garing nanti inti tak masak lagi.


Wantan goreng Inti Ayam 
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
Kulit wantan secukupnya (bentuk bulat / segi empat)
1 paket ayam cincang
300gm isi udang cincang (saya ganti dengan udang kering tumbuk)
3 biji bawang merah - hiris halus
3 biji bawang putih - cincang
1 pkt shitake mushroom - hiris halus
Daun bawang - hiris halus
Daun sup - hiris halus
2 biji cili merah - hiris halus
Serbuk lada putih
Garam
1 biji telur 
Minyak untuk menggoreng 

Sos Penyicah - Thai Chilli sos. 


Cara Penyediaan
*  Goreng isi ayam sekejap tanpa minyak hingga kering.  Boleh juga kalau tak nak goreng dulu, cuma kena pastikan inti ayam betul-betul masak ketika menggoreng wantan.
*  Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk kecuali minyak.  Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
*  Letakkan sesudu inti pada tengh kulit wantan dan lipatkan.  Guna air sejuk untuk melekatkan kulit wantan.
*  Lipat mengikut kreativiti anda.
*  Goreng wantan dalam minyak panas, api sederhana untuk mengelakkan kulit wantan hangus.
*  Apabila masak, angkat dan toskan minyak.
*  Hidang bersama sos cili.



Memang makanan boleh membuat orang stress jadi happy, tapi berhati-hati juga akan mudaratnya kemudian hari.  Tambah stress bila dah obess, satu persatu penyakit datang menjadi teman.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment