Thursday, 28 September 2017

Naik MRT & Sate Kajang


Assalam...
Sahabat baik saya, dia ini dalam kategori sahabat dunia akhirat.  Dia tahu pasal saya luar dan dalam, dah lalu zaman susah senang bersama (Alhamdulillah dia dah cukup senang sekarang, saya je belum lagi).  Tapi tak kisah lah tu, dia senang saya pun turut merasa tempiasnya.  Hasrat dia nak datang KL berdua dengan anaknya, nak pergi naik LRT & nak makan Sate Kajang.


So sebelum hari yang dijanjikan, saya pergi servay dulu jalan nak pergi tempat Sate Kajang tu dengan menaiki MRT.  Sebab sendiri pun belum pernah lagi naik MRT sejak ianya dilancarkan pada penghujung tahun lepas (2016).  Menaiki train dari stesen muzium negara, (conecting stesen dengan Kelana Jaya LRT, di stesen KL Sentral) ke stesen last di Kajang dan patah balik ke Stesen Sungai Buloh.  Balik dari Sungai Buloh turun stesen Bandar Utama, hentian terdekat dengan rumah.


Petang sabtu tu, kami park kereta di Bandar Utama menuju ke Stadium Kajang.  Nak pergi makan sate, nak pergi makan sate.  Excited sungguh makcik, nak imbas kenangan lama lah tu.


Cap ibu dan anak yang sangat riang menaiki MRT, datang dari jauh tu dua beranak ini semata-mata nak naik MRT.   Saya cerita kat anak tu, dulu umi awak buat tesis pasal rangkaian aliran keretapi di Lembah Klang ini, lepas ini awak boleh lah buat revision sebab dulu masa umi awak buat paperwork dia tu, baru ada komuter dan lrt saja.


Stesen hentian kami, adalah Stadium Kajang.  Bau yang sate yang semerbak sebaik saja keluar daripada train.  Sebelum kami menuju ke Sate Hj Samuri tu, kami selesaikan dulu tanggujawab yang perlu dilaksanakan di surau dan bilik air stesen.


Petang sabtu, malam minggu, ujung minggu, hari dan waktu orang ramai keluar mencari makan bersama dengan keluarga.  Cukup ramai manusia di situ, tawaf beberapa kali, turun naik ke tingkat atas mencari meja kosong, nan hado.  Yang dapat meja pun, kena tunggu lebih kurang sejam baru dapat ayang yang mereka order.  Mood terus kelaut masa tu, tapi 2 beranak ini bersemangat nak makan sate, maka beraturlah nak beli bungkus balik makan kat rumah. 


Pasrah jelah sebab tak dapat meja, tempat duduk nak menunggu pun  takde, jadi saya panjat kereta kuda yang takde kuda, diorang buat hiasan depan kedai.  Bad mood tiba-tiba sebab rasa tak menjadi plan kami malam tu.  Selepas 2 beranak tu dapat bungkusan sate dan air, mereka pun ikut macam saya naik ke kereta kuda.  Buka bungkusan dan kami menikmati sate di atas kereta kuda.  Dapat makan sate mood terus kembali ceria. 


Tak fikir dah pasal jelingan daripada pengunjung lain.  Yang penting kami happy makan sate atas kereta kuda, rasa macam kami je yang ada kat situ.  Mungkin sebab tengok kami seronok kat atas tu, ramai juga yang berganti-ganti naik ambil gambar kat kereta kuda yang takde kuda.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment