nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Tuesday, 12 September 2017

Lao Mandre: Rollo Mexican Cafe


Assalam....
Suatu malam teman kan en.Abe pergi jumpa kawan-kawan dia (ex kolej gitu lah).  Perjumpaan yang dirancang sekian lama, asyik tertanggu dan tak terlaksana.  So malam tu tertunai lah hasrat yang dipendam sekian lama, walaupun hanya jumpa 4 orang saja dan sudah agak lewat.  Pot tempat jumpa kali ini di Roll Mexican Cafe, Ampang. 


Saya tak ingat nama menunya, tapi kami cuma order 2 atau 3 jenis saja.  Konsep makan share-share sebab caring each other kan, hehehe.  Dua yang utama yang sempat ambil gambar malam tu Grill Lamb Chop dan Quesadilla.  Tortilla wrapp dah dingap awal-awal oleh 3 orang tu secara bergilir-gilir.  Sebenarnya pemilik cafe adalah kenalan mereka yang sama dalam industri F&B, so memang tak kecewa kalau nak makan apa yang diorang order sebab diorang tahu rasa yang terbaik.



Happy lah sesekali dapat jumpa, walaupun tak tinggal jauh-jauh tetapi sebab masing-masing ada komitment kerja dan keluarga jarang dapat lepak-lepak dan bersua muka.  Last jumpa masa seorang tu kahwin, jumpa lagi tup-tup anak dia pun dah setahun lebih.


Alhamdulillah dapat memanjangkan ukhuwah islamiyah, kita yang jadi peneman pun dapat makan.  Kenyang perut senang hati, sambil tidur boleh tersenyum.
Wassalam.