Assalam...
Sudah terlalu banyak makan, mari kita exercise bakar lemak dengan hiking. Cerita lama sebenarnya, hiking nak mencari pokok tertinggi di dunia. Bertempat di Taman Bukit Tawau, hiking yang secara tidak sengaja dan tak termasuk dalam plan asal, bukit tak tinggi sangat, trek pejalan kaki pun ada, cuma iyalah tak bersedia itu yang jadi payah, tambah pakaian kami pun ada yang tak sesuai untuk hiking. Namun disebabkan semuanya degil dan keras kepala, teruskan juga.
Geng lelaki (sepupu dan anak buah) sempat mengejar kami sampai ke tempat ini. Seronok sebenarnya sebeb mereka pun join ke sini, kuranglah rasa takut sebab hari itu memang tiada pengunjung lain ke sini.
Dari starting point (taman herba / botani) menunjukkan lebih kurang 600meter ke lokasi pokok tertinggi itu. Masing-masing kata jom, dekat jer.
Semangat memulakan pencarian pokok tertinggi, pandangan asyik mendongak ke atas, kot-kot boleh nampak pucuk pokok tertinggi. Apasal semua tinggi, haram tiada seorang (geng perempuan) pun yang tahu jenis pokok yang ada disekeliling kecuali ada beberapa yang telah dilabelkan.
Jumpa papan tanda ini, jauh lagi 488 meter ke hadapan. Selepas itu trek semakin mendaki dan sedikit lecah sana sini, papan tanda besar macam tu dah berganti dengan papan tanda kecil terpacak di tanah. Masing-masing lepas tu sibuk menunduk ke bumi mencari papan tanda pula, berapa lama lagi nak sampai.
Pencarian dari 200 meter seakan 2 batu jauhnya sedikit mendaki. Namun lokasi sebenar pokok tertinggi ini terletak di bawah lereng. Dah jumpa, terus rasa nak peluk-peluk pokok tu, tapi oh hoi pokok tu dalam pagar.
Pagar pun kena langkau semata-mata nak sentuh pokok tu. Ambil gambar dan selfie lah mereka sepuasnya di situ. Saya memadai
sekadar menyentuh di penjuru pokok, cepat-cepat selamatkan diri ke
pelantar sebab perasaan geli-geleman akan mahluk kecil tu sudah sampai
tahap maksima.
Budak kenit, umur suku abad di pangkal pokok tertinggi.
Kalau dah nama jiwa hutan, lahir dan membesar di rimba, geng lelaki yang sampai tu boleh tahu nama pokok ini jenis apa. Sibuk mereka cakap "oh pokok seraya kuning, dulu selalu jumpa di kem....blah...blah".
Erm terkedu seketika, diorang ini study papan tanda ker atau dah baca penerangan pasal pokok kat situ ker. Tapi tak mungkin kot, sebab dari jauh lagi mereka dah tahu nama, tengok batang pokok dah tahu. Hebat, lain kali jangan underestimated diorang walaupun tahu mereka tu malas membaca. Sebenarnya mereka banyak pengalaman bekerja di kem balak suatu ketika dulu, sehingga ke anak menerima tempiasnya.
Ini papan tanda penerangan berkenaan pokok tertinggi di dunia, yang terletak di tepi pelantar tinjau. Sebenarnya jika dihitung dari segi ketinggian pokok yang ada di Taman Bukit Tawau, ini bukan lah pokok nombor satu tertinggi didunia tetapi tempat ke-9 dunia. Jenis pokok yang mendominasi ketinggian masih adalah jenis pokok conifer (pokok pin) dan eucalypt yang terdapat di Amerika Utara dan Australia.
Namun jika di kira dari segi ketinggian antara pokok tropika, pokok tertinggi (jenis seraya kuning) yang hidup di Taman Bukit Tawau dengan ketinggian 88.32 meter adalah yang tertinggi di dunia. Penat mendongak nak melihat dahan pokok tertinggi ini, namun gagal terlindung oleh pokok-pokok yang lebih kecil di tepinya.
Saya cukup tak senang duduk masa sampai ke kawasan ini, keadaan hujan rintik dan tempat yang sedia lembab. Geli geleman membayangkan kehadiran mahluk kecil ini, dalam hati banyak mahluk kecil tu menghuni kawasan lembab begini.
Jodoh tu tetap ada, dijumpakan juga dengan mahluk ini. Dua ekor sedang melentik-lentikkan badan di tempat duduk, di pelantar tinjau. Jika tak berhati-hati mau terduduk atas mahluk ini, syukur takde yang hinggap kat badan. Perjalanan balik cepatkan langkah, lagi meremang bila ada yang menjerit di belakang sebab jumpa mahluk kecil tu dah kenyang dibadan mereka.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment