Tuesday, 6 November 2012

Nasi Goreng Budu bersama Timun

Budu - Cap Ketereh (memang urmp!)
Salam, satu lagi resepi suamiku untuk hidangan makan malam kami, Nasi Goreng Budu bersama Timun.  Selalu kita makan, sambal budu dijadikan salah satu bahan pencicah untuk ulam2an.  Suami aku plak adunkan semua sekali dalam nasi goreng dan beginilah hasilnya.


nasamulia
Nasi Goreng Budu bersama Timun


Orang kata makan budu (sos ikan bilis) ini bagus sebab diperbuat daripada isi ikan terpilih (ikan bilis), tinggi dengan khasiat ikan terutama omega 3.  Budu dihasilkan daripada proses pemeraman (pegmentasi) ikan bilis sekurang-kurangnya sebulan. Ada pelbagai jenama budu di pasaran tetapi bagi mulia, budu cap ketereh macam yang gambar kt atas tu yang paling sedap.

Kalau dulu penghasilan budu diusahakan secara kecil-kecilan, sekarang pengeluaran budu telah dikomersialkan dibawa IKS.  Jika dulu budu hanya digemari bagi orang2 pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), kini pengemar budu telah melangkaui sempadan daerah sehingga ke London dan New York..wah bangganya. contoh terdekat Mulia sendirilah, orang Sabah suka makan budu.
nasamulia
Aroma nasi goreng budu yang sedap...
Nasi Goreng Budu bersama Timun
2 mangkuk nasi
1 biji tomato - hiris
1 biji timun - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang kecil - hiris
3 biji bawang putih - ketuk
3 sudu besar budu - klau nak letak lebih boleh jugak, tp x perlu letak garam
2 biji telur.

*Tumiskan bawang hingga kekuningan sedikit.  Masukkan timun dan tomato, kacau sekejap dan masukkan telur, budu dan nasi.  Gaul rata dan biar sehingga nasi agak kering.  Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment