Friday, 18 December 2020

Nasi Lemuni, Kegemaran Orang Utara

Assalamm...
Pernah makan nasi lemuni? Kaedah penyediaan nasi lemuni macam nasi lemak juga cuma ada campuran air daun lemuni masa menanak nasi.  Daun lemuni tu unik, bahagian belakang daun warna ungu itu yang memberi warna gelap pada nasi yang kita masak.  Daun lemuni tu macamana? alamak google lah ye, tak sempat pula nak diphoto daun yang saya dapat hari tu.  Jauh ambil dari Sepang, umah sedara ayah mertua (baru kenal) tapi tak malu boleh minta daun lemuni dia masa nak balik.

Sudah lama kami teringin nak makan nasi lemuni, tapi tak dapat-dapat.  Asyik teringat ketika tinggal di Penang, kerja di Lebuh Pantai, boleh kata setiap hari kami beli nasi lemuni sebagai sarapan.  Beli dari seorang pakcik penjaja depan pejabat pos besar, pakcik tu pula suka menyakat.  Siapa nak sentiasa awet muda rajin-rajin lah makan nasi lemuni.  Bukanlah percaya sangat dengan ayat manis dia tu, tapi sebab memang kami suka dengan rasa nasi lemuni ini, macam juga nasi kerabu atau nasi ulam memang cukup suka.
Sebenarnya nak makan nasi ini, lauk sampingan tu cukup dengan yang sederhana seperti sambal tumis, telur atau ikan goreng berserta sedikit ulam timun atau tomato.  Tapi jika extra rajin nak gu kan dengan lauk ayam atau daging takde masalah, boleh juga.

Nasi Lemuni
Sumber: Datin Fiza Saad


Bahan-bahan
2 cawan beras
2-3 gengam daun lemuni - blend untuk dapatkan airnya
2 cawan santan
1 sudu lada hitam
2-3 biji bawang besar - kisar
4.5 cm halia - hiris halus
Garam secukupnya


Cara Penyediaannya
* Blend daun lemuni untuk dapatkan airnya
* Campurkan semua bahan ke dalam periuk (rice cooker), masak seperti masak nasi lemak atau nasi putih.
* Boleh hidangkan dengan sambal tumis, telur rebus, ikan goreng atau ikan masin dan hirisan timun.
Masa buat nasi ini, tak dapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli rumah.  Mereka tak biasa memang sukar sikit mereka nak terima lagi satu mungkin sebab tiada lauk ayam.  Tak apalah cukup untuk melepaskan rindu dendam saya seorang akan nasi lemuni sambil mengenang kisah-kisah lama semasa tinggal di Penang dulu.
Sebenarnya daun lemuni tu memang banyak khasiatnya, pakcik tu bukan saja-saja sembang kosong tau.  Khasiat tu nanti cari lah na, dan tak rugi mencuba bagi yang tak pernah makan nasi lemuni ini.
Wassalam.

9 comments:

  1. pernah nampak orang share di rancangan masakan tapi tak pernah jumpa live nasi lemuni atau daun lemuni ini kak... nak tahu jugak macamne rasanya tuh kan...

    ReplyDelete
  2. Walaupun PH orang Kedah, sejujurnya belum pernah rasa/makan nasi lemuni. Tahu nasi lemuni ni terkenal di utara tapi belum ada rezeki merasa nasi lemuni ni. Pokoknya pun tak kenal :(

    ReplyDelete
  3. nak pi kedah la nanti sbb nk try nasi lemuni. pasti sedap, kan?

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar tapi be lum pernah ada rezeki nak cuba.
    Macam bahan dia boleh buang angin dari badan.

    ReplyDelete
  5. memang famous kat utara kan.. kalau di Penang tu kat Taman Tun Sardon.
    saya kadang2 suka kadang2 x mau hehe.. pernah dapat yang jenis pahit.. alamak..

    ReplyDelete
  6. wahh mcm nasi kerabu cuma bukan kaler biru., hehehe

    ReplyDelete
  7. kawan office saya orang Penang, selalu cerita tentang nasi lemuni ni

    ReplyDelete
  8. Pertama kali dengar nih sis, anyway thanks for sharing , sy follow :)

    ReplyDelete