Showing posts sorted by relevance for query NASI KUNING. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query NASI KUNING. Sort by date Show all posts

Tuesday, 26 June 2018

Nasi Kuning Juadah berbuka.


Assalam...
Hari kedua yang kami pilih sediakan nasi kuning untuk juadah berbuka jemaah surau.  Kerja-kerja memasak nasi kuning menggunakan periuk noxxa mudah dan menyenangkan kerja.  Kalau ikut proses yang betul nasi kuning tu selepas ditanak seketika dengan santan perlu dikukus hingga masak, tetapi dah guna noxxa ini taram kaedah masak guna method hi-pressure dari awal hingga akhir dan hasilnya tetap tidak mengecewakan.


Sebenarnya Yana yang bagi idea nak sediakan juadah apa petang tu.  Dia kata elok buat nasi lemak jer, tapi akak pi sailang dia buat nasi kuning pula.  Jadinya nasi kuning tu dia panggil nasi lemak kuning, lantak pi lah, yang penting misi terlaksana.  Lauk gandingan tu masak guna dapur biasalah, kalau semua masak guna noxxa kena lah ada beberapa ketul periuk tu.  Resepi lain untuk nasi kuning boleh rujuk di sini


Nasi Kuning Noxxa
Sumber:  Mulia


Bahan-bahan
6 gelas beras basmathi
2 gelas santan pekat (saya guna santan kara)
7 gelas air
3-4 helai daun limau purut
3-4 batang serai titik
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa (ikut suka) 



Cara Penyediaannya.
*  Basuh dan toskan beras.
*  Masukkan beras ke dalam periuk noxxa bersama bahan-bahan yang lain.
*  Gaul rata sebelum menutup periuk.
*  On periuk, tekan button dan pusing tombol atas penutup ke hi-pressure, set timing 8 minit.
*  Release pressure dengan pusing tombol ke nob steam.
*  Bila Steam released dah siap, buka tutup periuk dan keluarkan nasi.
*  Biar nasi set seketika sebelum dikacau dan ditaburkan dengan bawang goreng.
*  Hidangkan bersama lauk kegemaran.  Untuk nasi kuning gandingan lauk yang biasa adalah lauk bersambal, ayam, ikan atau telur dan sedikit sayuran.



Lauk gandingan petang itu ayam goreng kunyit, telur rebus, sambal dan sedikit ulam timun dan salad.  Syukur dapat lengkapkan tapau nasi kuning sebanyak 70 peket petang tu.


Sehidangan lebih kurang gini lah.  Resepi untuk sambal tak payah letak lah, sama macam buat sambal nasi lemak.


Ini bahagian tuan rumah berbuka petang tu,  untuk Yana and the geng tapau balik rumah dia sebagai bekalan untuk sahur sebab petang tu dia join jemaah wanita berbuka di surau.


Rasa nikmat jer petang tu, bila dapat masak semua tu.  Bila tengok kontena plastik bersusun yang lengkap terisi nasi kuning, wah rasa macam nak berniaga pun ada.
Wassalam.

Monday, 6 April 2015

Nasi Kuning, Sarapan Feveret Orang Sabah

Assalam...
Ini salah satu menu sarapan kesukaan ketika di Sabah.  Menu yang bukan mak saya sediakan tetapi sering menikmatinya di sekolah atau di pasar gantung Sandakan (Central Market) suatu ketika dulu, bangunan pasar itu pun dah tiada sekarang ini, sudah diganti dengan bangunan baru.  Bangunan dah tiada tak bermakna menu ini juga dah pupus, boleh aje dapatkan dari gerai-gerai makan yang lain. 
Sebab tak pernah tengok mak saya masak benda ini, saya berguru dengan kakak sepupu yang juga berniaga nasi kuning. 
Nasi Kuning
Sumber: Kak Hajah Hayati

Bahannya
4 cawan beras - basuh dan rendam dengan serbuk kunyit lebih kurang 30 minit.
2 liter santan pekat (boleh kurangkan dan ganti dengan air kalau tak nak terlalu lemak).
2 helai daun pandan - simpulkan
serbuk kunyit secukupnya
1 sudu majerin
sedikit garam 

Bahan lauk
Sambal ikan basong
Telur goreng
Hirisan timun


Penyediaannya
*  Masukkan beras, daun pandan, majerin, garam dan santan ke dalam kuali.
*  Masak sambil kacau sentiasa sehingga santan pekat.
*  Letakkan nasi ke dalam mangkuk dan pindahkan ke dalam pengukus.
*  Kukus sehingga nasi kuning masak.

Sambal ikan talapia....talapia tu sebab kebetulan ada stock bolehlah nak meramaikan lagi sambal basong.
Sambal ikan basong (ikan selayang / sardin).
Sebenarnya nak buat lauk untuk nasi kuning ini boleh aje buat lauk lain macam ayam goreng sambal.  Sama jugak halnya dengan memakan nasi lemak, tapi kat sini saya buat yang basic saja sebagai ubat pelepas rindu.
Inilah nasi kuning yang dah siap untuk disantap, sebutir-sebutir nasinya.  Menurut empunya rezeki, kalau kita tak nak kukus boleh juga dimasak terus dalam periuk seperti masak nasi biasa atau nasi lemak.
Perbezaan zaman, masa kini dan masa lalu membawa kepada memori dan kaedah menikmati nasi kuning.  Tentu saja dalam plastik itu tetap menjadi memori indah untuk dikenang, cara murid-murid di Sabah dahulu menikmati makanan ketika di sekolah.
Mengenang memori zaman persekolahan dahulu 80-an dan 90-an terutama ketika sekolah rendah dahulu.  Beli nasi kuning dalam bungkusan seperti di bawah ini, ada nasi kuning, sambal, telur rebus atau ikan goreng.  Harga sebenar dah tak ingat tapi antara 20 ke 30 sen kurang dari 50 sen.  Cara nak makan pusing-pusing dan ketatkan plastik kemudian gigit pada buju plastik, ohh nikmatnya ketika itu makan bersama eskrim malaysia harga 10 sen, begitu juga kalau nak makan mee atau bihun goreng.  Zaman sekarang kanak-kanak sekolah ada lagi ke yang buat macam tu?.
Jom kita sediakan sambal ikan basongnya pula, nasi kuning ini macam nasi lemak juga.  Tidak sah kalau tidak cukup syarat iaitu sambal.


Sambal Ikan Basong
Sumber:  Mulia

Bahannya
Ikan basong (selayang / sardin) - gaul dengan garam dan kunyit dan goreng
Minyak untuk menggoreng


Bahan untuk sambal 
5 biji cili kering - buang biji dan rebus*
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar*
1 batang serai*  
sedikit air asam jawa
gula, garam & perasa secukupnya
minyak untuk menumis.


Penyediaannya
*  Kisar bahan bertanda * hingga halus.
*  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak.
*  Masukkan air asam jawa dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa idaman.
*  Sesuaikan rasanya dan bolehlah masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu.
*  Kalau nak hidangan berasingan sambal dengan ikan pun boleh.


Selamat mencuba ya...
Wassalam.

Thursday, 19 December 2013

Nasi Arab Mandhy Ayam yang Enak...

Assalam wbt..
Cerita yang telah lama diperam.  Raya dah berapa kali silih berganti, kini krismas sudah hampir.  Agak2 ada tak orang raihkan krismas makan nasi Arab?  Tak lari konsep ker?.  Takpe hari-hari biasa pun boleh buat makan-makan dengan family tersayang.  Jom kita cuba resepi ini, memang sedap...








Nasi Mandhy Ayam
Sumber: Cek Abe (Nas)

Bahan-bahan A - Untuk Ayam / Kambing Panggang
1 ekor ayam (boleh gantikan dengan kambing)
3 sudu serbuk kari daging
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk ketumbar 
3 sudu Yoghurt
Garam
* Perap ayam dan kambing seketika, kemudian panggang dalam oven hingga masak, (boleh juga panggang menggunakan magic pan). 
Bahan-bahan B - Untuk Nasi Mandhy
1 kg Beras Bashmathi - kami guna Beras Moghul Faiza
2 sudu minyak sapi
3 biji bawang besar - hiris
1 inc. halia - hiris
1 kayu manis
1 liter air.
Sedikit pewarna kuning
Bahan hiasan - gajus, daun pudina, kismis dan kurma.
* Tumis bawang dan halia yang telah dihiris menggunakan minyak sapi hingga kekuning.  Masukkan air dan kayu manis, didihkan dan biar sejuk.
* Masak nasi menggunakan air tumisan tadi (masak dalam rice cooker jer senang).  Sukatan beras dengan air perlu sama - satu nisbah satu.
* Bila nasi masak, renjiskan sedikit pewarna kuning ke atas nasi dan biar lebih kurang 10 minit baru gaul nasi perlahan-lahan.
* Taburkan gajus, kismis, kurma dan daun pudina ketika menghidang nasi.

Bahan-bahan C - Sos Kari / Kuah Kari
2 sudu minyak sapi
1 tin tomato puree
3 camb serbuk kari daging - bancuh dengan air hingga jadi pes.
3 biji bawang besar - blend
1 inc. halia - blend
1 cawan Yogurt
1 cawan air
Garam dan serbuk perisa.

* Tumiskan bahan blend menggunakan minyak sapi hingga naik bau.  Masukkan pes kari tumis hingga wangi.
*  Masukkan tomato puree, yougurt dan air.  Masak dengan api perlahan,biar merenih hingga naik minyak dan perasakan.

Bahan-bahan D - Timun Yogurt
1 biji timun - potong kiub
1 biji bawang besar - potong kiub
1 tomato - potong kiub
2 sudu Yogurt
1 biji Limau nipis - ambil jus
3 sudu Mayonis
* Campurkan semua sayur-sayuran, perahkan jus limau, dan gaulkan yogurt dan mayonis hingga sebati.


Bahan-bahan E - Salad segar
3 biji capcicum - 3 warna
1 biji tomato
1 biji timun
2 peket daun salad (mix salad)
1 biji carrot
Minyak zaitun
* Mayangkan sayur-sayuran mengikut bentuk yang dikehendaki.  Campurkan kesemuanya dan titik sedikit minyak zaitun.
Selamat Mencuba.
Wassalam..

Saturday, 4 April 2020

Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Acar Masak.

Assalamm...
Ini bukan menu mewah kami semasa PKP ya, ia dah lama dibuat.  Buat bukan nak makan saja-saja tetapi atas permintaan adik untuk dihantarkan ke sekolah dia.  Ada hamba Allah yang nak belanja budak-budak sekolah itu makan tapi tak jumpa tukang masak yang boleh masak pada hari berkenaan.  Mungkin jumpa orang nak masak tapi minta harga diluar budget mereka, jadi adik minta tolong buatkan untuk 200 orang termasuk guru-guru. 

Sudah ada kesempatan kami pun join sekali lah makan sedap-sedap begini.  Nak masak-masak begini hari biasa memang tak lah, kena tunggu hari raya lah kot.


Nasi Minyak
Sumber: Chef Nas.

Bahan-bahan
4 pot beras basmathi
1 sudu minyak sapi 
1 sudu majerin planta
Rempah 4 sekawan sedikit setiap jenis (kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)
2 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris halus
Sedikit garam
1 helai daun pandan - simpulkan
Sedikit pewarna kuning
Kismis dan buah gajus goreng

Cara Penyediaannya
* Panaskan minyak dan majerin, tumiskan 4 sekawan dan bawang hingga layu.
* Masukkan air yang telah disukat dengan beras (1 beras: 1.5 air).
* Tambahkan beras, halia, garam dan simpulan daun pandan.  Tanak hingga masak.
* Bila dah masak, titikkan pewarna kuning sedikit di atas nasi dan biarkan sebentar  kira-kira 5 minit.
* Kacau nasi dan tambahkan kismis dan gajus.  Hidangkan dengan pasangan lauknya.

Ayam Masak Merah
Sumber: Chef Nas

Bahan-bahan
1 ekor ayam - bersihkan dan perap dengan garam kunyit.
5 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 batang serai - ketuk
4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato 
Air sedikit
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar-
5 tangkai cili kering
4 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia.

Bahan tambahan
Bawang besar - hiris bulat
Daun ketumbar - hiris
Kacang peas
Susu cair

Cara Penyediaannya
* Goreng ayam yang telah diperap hingga setengah masak.
* Panaskan minyak (boleh guna minyak bekas goreng ayam), tumis bawang hiris, 4 sekawan dan serai hingga naik bau.
* Masukkan bahan kisar dan tumis hingga cili betul-betul masak (garing).  Tambah sedikit air, tumis dengan api perlahan hingga naik minyak.
* Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa.  Masukkan ayam goreng tadi, biar mereneh sekejap.
* Tambahkan bawang hiris, kacang peas dan susu cair.
* Sesuaikan rasanya dan tutpkan api.  Tabur dengan hirisan daun ketumbar.


Acar Masak
Sumber: Chef Nas

Bahan-bahan
1 batang timun
1/2 batang carrot
4 ulas bawang kecil - potong 2
4 ulas bawang putih - potong 2
1/2 sudu teh biji sawi
Serbuk kunyit secukupnya
2 sudu cuka
Gula dan garam 
Sedikit minyak
Sedikit air

Cara Penyediaannya
*  Timun buang biji dan potong memanjang. Carrot juga dipotong meamnjang.
* Tumis bawang sekejap, masukkan biji sawi dan serbuk kunyit.
* Tambahkan sedikit air dan masukkan carrot.
* Tambahkan cuka, gula dan garam, sesuaikan rasanya dan didihkan sekejap sebelum masukkan timun.
* Tutup api. 


Begini lah hasil keadaan nasi minyak dan ayam masak merah berserta acar yang mereka minta buat tu.  Sebab sama-sama sibuk kami minta adik yang lain, tolong hantarkan ke sekolah di Putrajaya, tempat adik mengajar.

Petang tu adik hantar wassap, dapat good feedback dari guru-giri berserta gambar budak-budak tengah menjamu selera.  Syukur, Alhamdulillah, Allah bagi sedap dan sesuai pada citarasa mereka.
Wassalam.

Tuesday, 30 October 2012

Nasi Goreng Lala Tomato


nasamulia
Nasi Goreng Lala Tomato
Alhamdulillah, syukur Mulia dijodohkan dengan orang yang suka menolong di dapur.  Kerja suami pun memang dekat dapur sentiasa, so tak kekoklah nak masuk dapur.

 Tapi rata2 mereka yang bekerja di dapur ini, klau kat umah nak merasa air tangan isteri jugak.  Walaupun ditakdirkan dapat isteri yang tak berapa nak sedap bila masak. Ini cerita berkenaan lelaki yang bekerja tukang masak.  Sebab ramai yang beranggapan bila suami kerja sebagai tukang masak, si isteri mesti senang sebab kerja masak-masak kt umah serah kat suami.  Tapi yang sebetulnya kerja memasak lagi  mencabar dan susah sebab klau isteri silap cara dan teknik.  Yang ariff sentiasa ada sebagai judge rasa kuranglah, warna x berapa nak cantiklah, persembahan hambarlah dan macam2 lagi.   

Tapi bagi Mulia, semua itu kena ambil sebagai positif sebagai pembakar semangat untuk perbaiki mutu masakan kita sehari2.  Klau takde orang yang bagi komen, kita ingat itulah yang paling bagus (syok sendiri jadinya) dan sampai bila2 pun takde perubahan.

nasamulia
Hidangan Sepinggan Lengkap
Kebiasaan kami waktu malam, hidangan ringkas saja.  Paling mudah buat hidangan sepinggan lengkap macam Nasi Goreng Lala Tomato ini.  Dah lengkap dengan zat makan khabohirdat, vitamin C, protein dan mineral dan fibre.  Selalu memang kami sediakan sepinggan jer untuk dua orang.  Biar makan tu kata orang sepinggan bukan sebab takde pinggan tapi nak kan kemesraan yang bertambah.

Nasi Goreng Lala Tomato
2 mangkuk kecil nasi
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 batang carrot diracik
2 biji bawang kecil dihiris
2 biji bawang putih dihiris
200gm isi Lala
1 biji telur
1 biji timun dihiris
Garam
sedikit lada sulah
sedikit ikan bilis goreng
Minyak untuk menggoreng.
  • Tumiskan bawang, agak kuning masukkan isi lala dan sayur2an.
  • Masukkan telur dan kacau rata. Masukkan garam, lada sulah dan serbuk perasa.
  • Masukkan nasi, goreng dengan api yang kuat sehingga kering.
  • Hidang dengan hirisan timun dan ikan bilis.
Taraaaaaaaa.  Nasi goreng lala tomato dah siap. selamat menjamu selera,



Thursday, 8 February 2018

Pulut Kuning & Sambal Ayam


Assalam...
Makanan feveret anak omak dia, hahaha bukan omak den yo.  Omak den dan semua ahli keluarga yang lain suka sangat dengan pulut tapi tak menurun pula kat anak yang seorang ini, sejak dulu memang tak berapa gemar makan pulut, sesekali boleh lah layan.  Teringat arwah pakcik saya, pulut tu makanan ruji bagi dia, dia tak makan nasi hanya makan pulut yang di tanak, tapi tak pernah pula dengar dia mengaduh sakit urat ke atau angin.  Masalah sinonim yang ramai orang dakwa akan alami selepas makan pulut selain mengantuk.  Tapi tak boleh lari jauh dari pulut sebab keluarga belah sini pun suka makan pulut, pulut kuning dengan rendang ayam.  Pulut kuning ni dia masak sendiri, nak merendang tak cukup masa nak menunggu, jadi lah kenenkan dengan ayam sambal. 


Pulut Kuning
Sumber: Nang Teh

Bahan-bahan
1 kg pulut
2 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning
500ml  santan pekat
Sedikit garam


Cara Penyediaan
*  Rendam pulut bersama serbuk kunyit/ pewarna dan asam keping.  Rendam beberapa jam atau semalaman.
*  Panaskan kukusan hingga air mendidih.
*  Kukus pulut hingga masak.
*  Campur santan dengan garam.  Didihkan sekejap.
*  Keluarkan pulut, campur santan sedikit demi sedikit dan kacau rata hingga sebati.  Pulut yang sebati dengan santan nampak berkilat dan tidak melekat pada senduk.
*  Kukus sekali lagi, tapi sekejap saja.  Lebih kurang 15 minit.    
* Hidang bersama lauk kegemaran.
 
Sambal Ayam
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam  - gaul dengan garam dan kunyit, goreng
3 sudu cili kisar
3 biji cili besar*
5 biji cili padi* (abaikan jika tak suka pedas)
3 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 inc. halia*
1 biji buah keras*
1 batang serai - titik 
Sedikit air asam jawa / asam keping
Serbuk perasa - garam dan gula
Minyak untuk menumis


Cara Penyediaannya
*  Blend halus semua bahan bertanda '*'.
*  Panaskan minyak, tumis bahan blend, masukkan cili kisar, serai dan tumis hingga naik minyak.
*  Masukkan air asam jawa / asam keping, garam dan gula.  
* Masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu.  Gaul dan tumis hingga sebati.
*  Sesuaikan rasa dan tutup api.
*  Hidangkan bersama pulut.


Wassalam.

Thursday, 18 April 2019

Take a Break: Permandian Salu Pajaan, Kanang Polewali Mandar

Assalam...
Kisah dan ceritanya melompat-lompat sekejap di Pahang, sekejap di Polewali, sekejap di Sabah ikut suka hati nak cerita mana dulu, begitu juga dengan tuan blog yang tidak tetap pendirian. Bukan jenis yang suka mengikut plot dahulukan yang mula dan kemudiankan yang kemudian, dia pakai taram ikut suka dan mood.  Dengan itu makin lapok lah cerita yang lama, peram tak tahu sampai bila.



Hari last di Polewali, kami sempat pergi rekreasi di Salu Pajaan yang terletak di Kanang.  Plan last minit, sebab tu tak sedia apa-apa makanan, kami singgah beli jer di pekan.  Beli nasi kuning dan kuih-kuih sikit.


Untuk sampai ke kawasan Wisata Alam Salu Pajaan akan melalui kawasan perkampungan dan dusun buah-buahan.  Di sepanjang sungai tu, terdapat beberapa kawasan rekreasi yang diusahakan oleh orang tempatan tetapi kami memilih untuk berada di Salu Pajaan.  Dah lupa berapa bayaran masuk, ingatkan bayaran masuk tu sekali untuk menggunakan kemudahan seperti pondok, rupanya kena bayar asing.  Sewa pondok besar macam kami pilih 150rb rupiah.


Terdapat kemudahan kolam renang yang sesuai untuk  orang dewasa dan kanak-kanak manda-mandi.  Agak senang untuk mengawasi kanak-kanak yang mandi kolam berbanding mandi di sungai.


Sepupu sepapat mereka ini monopoli kolam kanak-kanak hari tu.  Mainlah puas-puas anak-anak woi mak pak angpa dah bayar tiket masuk tadi, anggaplah kolam tu angpa yang punya.


Tak suka mandi di kolam, jom mandi secara alami di sungai.  Kanak-kanak kecil kena awasi jika nak mandi di sini sebab batu agak licin dan air deras.


Ada group ibu-ibu sedang bersenam pagi.


Lalu di tepi sungai nak balik berehat di pondok kami, ada ramai group yang sedang buat aktiviti bakar-bakar ikan.  Sedapnya lah, dapat ambil bau ikan bakar jer sebab kami sendiri beli nasi bungkus saja tadi.


Kebetulan semasa kami pergi tu, musim buah di  Kanang.  Kawasan ini memang terkenal sejak dahulu lagi sebagai dusun buah-buahan daerah Polewali, buah langsat dan durian yang paling femes di tempat ini.  Kawasan pedalaman yang agak berbukit sangat sesuai untuk dusun buah-buahan, manakala kawasan datar adalah kawasan sawah padi yang menganjur hingga ke pantai.


Musim durian ketika itu sempat kami memanfaatkannya daripada beberapa penggerai yang menjual di dalam kawasan itu.  Sebab semua hantu durian, memang berebut-rebut makan terutama kanak-kanak.  Selepas berendam dalam sungai, panaskan badan makan durian.

Setelah semua dah puas mandi dan makan, kami bergerak meninggalkan tempat ini sebelum zohor.  Sempatlah nak rehat kejap sebelum meneruskan perjalanan panjang malam tu.
Wassalam.

Tuesday, 27 May 2014

JJCM Makassar: Kedai Roti & Kuih Maros

Assalam...
Dalam perjalanan dari Makassar menuju Polman, kereta yang kami naiki singgah di Zazil bakery yang terletak di Maros.  Saya perasan macam satu kemestian untuk driver dan penumpang singgah membeli roti di sini.  Kebanyakkan kereta yang menuju ke destinasi jauh seperti Sidrap, Polman, Toraja, Enggrekan akan singgah.  Mungkin sebagai ole-ole untuk orang kampung atau bekalan disepanjang perjalanan mereka. 
Sebenarnya dalam kota lagi banyak bakery atau toko roti dan kuih yang lagi canggih dan berkualiti dari yang ini.  Cuma di sini tempat yang strategik sebagai tempat persinggahan.
Saya tidak tertarik nak membeli roti, walaupun mereka kata di sini sedap dan terkenal.  Lebih tertarik untuk merasa kuih yang dijual.
Kuih yang bebungkus daun pisang itu sedap, dibuat daripada pulut dan ada inti serunding.
Disebabkan ada masalah dikaunter kasir (cashier) menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu lama, driver kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan dan menasihatkan penumpang untuk singgah di kedai yang kedua.
Kedai ini ada menjual buah-buahan juga, tak beli tapi (Apel Fuji Rp35,000)
Saya suka yang ini bukan karipap namanya...
Jalangkote namanya.. intinya bukan kari kentang macam kita tetapi berintikan bihun goreng dan sayur-sayuran.  Bila beli akan diberikan sos cili khas, untuk kita curah ke dalam jalangkote sebelum dimakan...
Kami singgah di kedai yang kedua, di sini mereka kata, kuihnya sedap tapi kalau roti kedai yang mula tadi.  Saya suka di sini sebab ada disediakan air minuman free, bukan air kosong tau.
Nasi Kuning, fames sebagai sarapan pagi orang Sulawesi, fames macam nasi lemak untuk kita gitu.  Macam ini Rp5,000 (lebih kurang RM1.40) berlaukkan telur sebiji dan mee goreng.
Minuman percuma untuk pengunjung yang singgah di kedai kedua ini, nama kedai tak ingat.  Ada air teh, kopi dan saraba disediakan dalam tong, minumlah sebanyak mana yang anda kehendaki.
Saraba, sedap dan didakwa bagus untuk buang angin dalam badan.  Diperbuat daripada campuran halia dan gula kabung, macam teh halia, tapi ini tak rasa teh ye..
 Elakkan pembaziran...
 Mari kita beramal...
Wassalam.