Sunday, 3 July 2022

Kuih Sekapur atau Sikaporo'

 
Assalamm...
Jom belajar sediakan sejenis kuih masyarakat bugis yang diberi nama kuih sikaporo' atau sekapur.  Kuih ini selalu disediakan jika ada sebarang majlis keramaian, kenduri kahwin, akikah, maulud, khataman dan sebagainya.  Turut di jual di bazar ramadhan ketika bulan puasa di beberapa tempat di negeri Sabah.




Kuih ini dalam kategori manis dan lembut.  Kalau buat sendiri boleh kurangkan sukatan gulanya agar sesuai dengan citarasa kita.  Teringat arwah mak bila dia tegur kita selalu komplen terlalu manis, katanya bukan kuih jika tak manis, erm nasib lah tak dapat kencing manis.
 

Sekapur (Sikaporo')
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
1 cawan telur
1 cawan santan
Sedikit pandan paste atau air pandan
Sedikit pewarna kuning


Cara Penyediaannya
* Gaul sebati, telur, santan dan gula.
* Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian letak pewarna kuning sementara yang satu lagi letak jus pandan atau pandan paste.
* Sediakan pengukus dan guna acuan bentuk bunga. Letakkan sedikit gula pada dasar acuan supaya senang untuk keluarkan kuih nanti.   Balut tudung pengukus dengan kain untuk elakkan air menitik ke atas kuih.
* Kukus yang warna hijau terlebih dahulu sehingga  masak kemudian lapiskan dengan warna kuning. Teruskan mengukus lagi hingga masak.
* Sejukkan dan dan keluarkan daripada acuan.  Sejukkan dalam fridge terlebih dahulu sebelum dihidangkan juga boleh.
 
Note: satu cara lagi menyediakan kuih ini dengan mengasingkan putih telur dan kuning telur terlebih dahulu, telur kuning untuk lapisan kuning dan telur putih untuk lapisan hijau.  Namun kuantiti telur kuning dan putih yang tidak sama banyak menyukarkan untuk menyeimbangkan lapisan kuih, dengan itu lebih mudah campurkan semua kemudian bahagi dua adunan.
 
Next kita belajar buat kuih-kuih  bugis yang lain pula.  Pesanan untuk diri jangan malas kumpul resepi tradisi, buat atau tak buat tu lain cerita.  Boleh jadi terbuka hati selepas ini, siapa tahu?
Wassalam.

4 comments:

  1. menarik nih kak, tengok bahan-bahan macam mudah je di jumpai, welcome back kak.

    ReplyDelete
  2. sedap tu lembut lemak manis

    ReplyDelete
  3. Bagus juga kumpul dulu. Nanti kalau dibiar akan hilang begitu je

    ReplyDelete