Tuesday 30 July 2019

Take a Break: Hiking Bukit Tabur

Asssalam...
Tak tahu lah asal plan nak ke sini selalu plan itu jadi berterabur.  Tak menjadi, pernah sekali dah sampai, dah mula nak menapak patah balik, sebab tak sedap hati nampak banyak pita kuning tak bagi masuk, plan lagi hari lain tapi kesudahannya pergi ke tempat lain.  Hari itu dah tekad yang nekad, apa pun kena juga pergi, tak kisah lah tempat ini buka atau tutup.  Sama ada kali ini plan berterabur atau berjaya baca sampai habis ya.  Sebenarnya kawasan Bukit Tabur nak naik kena report ke balai polis berhampiran, tapi sekarang masih ditutup untuk semua aktiviti hiking sampai ke hari ini selepas beberapa kejadian kecelakaan yang meragut nyawa.  Memang ramai juga yang menceroboh, apa-apa berlaku semua atas risiko diri sendiri.


Mendaki sikit, dah boleh nampak beberapa pemandangan cantik, kawasan pusat bandar KL, Empangan Klang Gate dan puncak-puncak bukit sekitarnya.  Di belakang adalah puncak tabur east, hampir naik dah hari tu pandang dari bawah mencanak sangat permulaannya.  Sebenarnya kami tak tahu nak naik ke puncak mana, tapi kami pilih yang dekat dengan pintu Klang Gate (tabur west) trek terpanjang dalam siri bukit tabur.


Sudah sampai ke sini baru perasan ada nombor pada batu.  Nombor apa tak tahu lah, tak kan nombor ekor pula kan.  Ini mesti point-point yang hikers dah tandakan senang nak tahu lokasi jika berlaku apa-apa.


Perlu bersabar bila naik ke sini kerana sebahagian laluan berbatu adalah sempit, curam dan menggunakan tali.  Agak bahaya jika tak berhati-hati terutama jika ramai pendaki, jadi jangan nak berebut sangat ya sentiasa utamakan keselematan diri.


Pemandangan sekitar Melawati dan Kuala Lumpur makin jelas di atas ini.


Sebelum patah balik, abadikan kenangan dulu, bukit belakang tu tunggu lah akan datang pula.


Perjalanan balik baru perasaan satu persatu daripada nombor bertanda pada batu.  Untuk satu pusingan lengkap, kena cari sampai nombor ke 17.


Sampai di bawah baru faham, peta trail bukit tabur west ni.  Patutlah tak rasa macam mendaki pun sekejap sangat sebab kami tak sampai pun habiskan satu pusingan.  Agak-agak kami sampai ke kawasan T6 saja, cuaca panas sangat di atas tu dan bekalan air dah habis, so mari kita kembali ke pangkal jalan. Next time lah, sekurang-kurangnya dah tahu dah sedikit keadaan bukitnya macam mana.

Kesimpulannya bukit tabur walaupun dah sampai dah tak bererabur tapi masih tidak kemas, masih tidak puas hati rasanya sebab buat hanya separuh jalan saja.  Next kena datang awal pagi dan bawa bekalan air yang cukup.
Wassalam.

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete