Monday, 1 July 2019

Sekali Sekala...

Assalam....
Sekali sekala dapat melempiaskan nafsu serakah menikmati benda yang disukai tapi tak boleh diamalkan selalu, boleh dimaafkan atau kena tinggal terus?  Tepuk dada tanya selera memang jahanam, tapi terpulang lah kan, dapat gatal sendiri garu lah. 

Kisah makcik pergi hero jumpa udang besar yang boleh dikira harga agak murah dari kebiasaan dijual di mana-mana.  Jika saiz sebegitu di pasar atau supermarket selalu harga sekilo RM50 ke atas, supermarket orang ada-ada tepi rumah harga dekat RM100 macam tu.  Jadi ini jangan pandang saja pilih lah masuk plastik, sebab suka sangat jumpa yang fresh dan harga mampu beli lah, tak sedar dah terpilih lebih sekilo.  Sebalah tu pula terpandang petai, ambil juga sepeket, balik umah terus buat operasi menyambal, jadilah makan nasi penuh nikmati walaupun mendekati waktu tengah malam.


Sambal Tumis Udang Besar dan Petai
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
13 ekor udang besar
3 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
3 sudu makan cili giling
1 biji bawang besar potong bulat.
1 paket isi petai (250gm)
Minyak untuk menggoreng 
Garam, gula dan perasa secukupnya.

Cara Penyediaannya
* Blend halus bahan bertanda '*'.
* Panaskan minyak dan goreng udang dalam minyak penuh hingga separuh masak atau hingga bertukar warna dan angkat.
* Petai jika suka boleh goreng sebentar dan ketepikan.  Guna minyak bekas goreng udang tadi.
* Tumiskan bahan blend hingga naik minyak, tambahkan cili giling dn kacau rata.
* Tumis dengan api kecil hingga cili masak (naik minyak).  Tambahkan garam, gula dan perasa dan bawang hiris.  Saya tak masukkan asam jawa dan guna garam hanya sedikit kerana cili giling yang saya guna telah dicampurkan dengan asam dan garam.
* Masukkan udang dan petai, masak seketika dan sesuaikan rasanya.
* Tutup api dan hidangkan sambal tumis.

Bak kata kawan saya, jika gatal sebab makan sikit adalah rugi, so makan bagi puashati nanti menggaru pun puashati.  Apa-apa saja lah, yang penting tak sampai memudaratkan kesihatan sampai menyusahkan orang sudah.
Wassalam.

7 comments:

  1. Nampak sedap.. tp sy alergik dgn udang hehe~
    Sy follow blog ini ya.. jgan lupa singgah ~
    https://ciknurul23.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.
    makan hari2 pun takpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada yg jenis nak sambal tumis setiap hari....

      Delete
  3. ohmennn besarnya udang

    Mujur jenis yang tak ngam sgt ngan udang sbb bila ngam dgn udang je mesti terngammm sekali dengan gatal.. =(

    ReplyDelete
  4. kalau kena kat saya setiap hari pun tak pa...Janji petai..

    ReplyDelete