Friday, 26 July 2019

Berpuasa Di Bulan Syawal

Assalamm...
Lamanya tak mencoret-coret di sini, mood tak hilang cuma teralih sedikit dengan kegilaan baru dan harap akan stop segera gila itu.  Ini cerita masih bulan syawal, mak ai dah nak masuk Zulhijjah dah.  Tapi tak kisah lah tu, warming up dulu kita cerita pasal makan waktu berbuka puasa di bulan syawal. Lain macam sikit penangan berpuasa di bulan syawal ini daripada bulan ramadhan hari tu.  Ramadhan dengan penuh tawaduk makan apa yang ada, bulan syawal macam edisi balas dendam pula asyik nak makan kat luar.


Di mulakan dengan berbuka makan ikan bakar yang katanya dari Semporna, Sabah (rindu kampung halaman lah tu).  Agak lama dah tak makan ikan belais ini, ikan kegemaran arwah mak saya.  Merasa juga lah makan megi sotong, bagi peminat tomyam mesti mereka suka, tapi bukan saya.


Hari kedua pula, mencari abc sedap di seksyen 6, kota dame (Kota Damansara), gerai tepi jalan jer tapi saya suka sebab murah dan sedap.  Ingat nak makan abc je, tapi bila nampak menu ada bakso dan ayam penyet terus jer on makan di sini.


Hari seterusnya teringat nak makan cendol dan penang kari mee kat Paradigm, jadi jakun sekejap melihat ada banyak tempat makan yang luas dan pelbagai dekat tesco.  Sejak bila kejadiaannya tak tahu lah, nampak sangat dah lama tak datang cuci mata kat sini.  Gambar durian kampung bekalan dari Pahang, ulang makan seulas 2 jer sehari.


Yang dinamakan kemaruk nak makan diluar, singgah kedai mesra pun jadi.  Ini bukan lah berbuka atau bersahur di sini, tapi suatu malam yang dah agak lewat selepas menguruskan sesuatu yang penting.  Menjamu selera dengan roti dengan pelbagai pilihan air di kedai mesra, cuma tak sempat merasa aiskrim malaysia jenama 'ikat'.


Lepas habis puasa kita sambut raya lah kan, ada pula bekalan tapai dalam bungkusan daun getah kiriman dari mertua, cantik dan ngam sangat sambut raya kedua kalinya.
Raya kali kedua ada tetamu yang sudi singgah, terima kasih kak uda sudi singgah, walaupun tiada lemang dan rendang untuk dihidang.  Datang dari jauh perjalanan nak balik pun sama jauh, jadi kita jamulah sesuatu yang berat sikit.  Rezeki tetamu sediakan apa yang ada saja.



Wassalam.

1 comment: