Assalam...
Salah satu hobi suka ukur jalan, jadi kita nak cerita pasal jalan lah pula kali ini. Cerita jalan yang kami lalui dari pada Kota Marudu ke Ranau, selepas menghadiri majlis resepsi Ann. Kira pertama kali juga saya lalu jalan ini, boleh dikategorikan sebagai jalan baru untuk menghubungkan Kota Marudu ke Ranau, lebih cepat daripada ikut jalan lama melalui Kota Belud.
Starting Jalan Marak Parak, keadaan jalan selepas round about di Kota Marudu. Sebenarnya untuk sampai ke Ranau, Jalan Marak Parak ini bersambung dengan Jalan Kota Marudu - Ranau selepas kawasan perkampungan Marak Parak.
Jalan Marak Parak antara jalan yang hanya melalui sedikit perkampungan yang terletak di pendalaman Sabah, seperti juga jalan Sepulut - Kalabakan, jadi pemandu dan kenderaan perlu persediaan yang cukup seperti minyak petrol. Sesetengah kawasan juga masih tiada jaringan telefon.
Bila dah start mendaki, akan nampak pemandangan jalan berliku dan background gunung ganang di belakang. Sebenarnya kita semakin mendekati kawasan kaki Gunung Kinabalu.
Kebanyakkan jalan raya utama di Sabah beginilah keadaannya, ini lah highway mereka. Tapi syukur saja, jalan sudah agak bagus (walaupun belum sampai stardard yang diharapkan) sekarang boleh berkereta sana sini tak macam dulu, setengah tempat hanya boleh dihubungi melalui jalan udara atau laut. Generasi Z mungkin tak dapatlah merasa pengalaman adventure generasi X dan Y dahulu ketika melalui jalan-jalan di Sabah.
Tak lupa untuk mengabadiakan kenangan di puncak Jalan Marak Parak, sementara nak rehatkan kenderaan dan pemandu. Rasa macam berat dan susah payah sangat mendaki tadi, almaklumlah kenaikan kami bukan pacuan 4 roda.
Syukur juga kami sampai awal seperti yang dijangkakan di pekan Ranau. Singgah pekena teh tarik dan roti canai telur di salah sebuah restoran mamak. Pemandangan langit menghala ke Gunung Kinabalu ketika senja petang itu, sanagat mengujakan semua orang nak snap fenomena langit sebab mungkin keesokkan harinya pemandangan sudah tidak sama.
Selesai urusan di pekan Ranau kami teruskan perjalan ke Kundasang, mereka menempah penginapan di sana. Nak lebih dekat dengan Akinabalu, dengan harapan esok pagi buka mata, buka jendela boleh tertentangan mata dengan Akibalu yang cantik.
Wassalam.
jalan nih sepanjang jalan jalan tar ke ada jalan gravel juga ya?
ReplyDeleteAda sedikit gravel yang sedang dikerjakan waktu kami lalu, mungkin sekarang semua sudah bertar.
Delete