Wednesday, 28 February 2018

Usrah ArRayan Dan Al-quran Bertanda


Assalam...
Sungguh bahagia petang tu sebab Allah rezekikan  kesempatan untuk menghadiri usrah oleh Ustazah Noor Hafizah Musa di kediaman mewah Dato Ramli dan Datin Nor Hafizah Saad.  Macamana boleh terjebak ke sini sebab memang saya bukan siapa-siapa pada datin Fiza pun, bukan kawan jauh sekali sedara.  Mulanya follow Ig dia sebab minat pada Al-quran yang datin jual.  Datin Fiza jual tafsir al-quran biasa tetapi diberi sentuhan khas yang menjadikan al-quran itu sangat istimewa dan cantik. 


Perempuan sangat lah kan, suka benda yang cantik-cantik, al-quran bertanda dan disertakan khatam tracking sekali.  Yang balut batu swarovski macam nie adalah special edition.  Untuk versi khatam ada yang khatam biasa (10 hari, 16 hari dan 30 hari) dan versi khatam untuk umrah dan ramadhan.


Ini susunan al-quran yang dah siap, tapi semua tu dah ada pemiliknya, boleh pandang saja.  Al-quraan bertanda ini dibuat mengikut tempahan pelanggan dan perlu masa antara 4 ke 7 minggu untuk disiapkan.


Malam tu, usrah santai bermula selepas maghrib oleh ustazah Noor Hafizah.  Usrah anjuran datin Fiza memang khas untuk wanita sahaja dan beliau selalunya hadkan kepada 100 tetamu sahaja sebab tempat adalah terhad.  Masing-masing ada rezeki sebab selalunya datin utamakan juga kepada orang yang baru nak join atau baru pertama kali datang usrah, so masing-masing ada peluang jadi tetamu. 


Antara perkongsian malam itu dari ustazah adalah mencari jalan ketenangan dengan cara mencari Allah.  Kena fahami konsep sebenar mengingati Allah beliau sarankan supaya kita hadirkan diri dalam majlis yang didalamnya ada mengingati Allah dan hindari majlis-majlis yang penuh dengan bangkai keldai.  


Yana jadi peneman petang tu, mula-mula ajak kawan yang lain, tapi sebab tak boleh bawa kanak-kanak, kawan tu pun tak boleh nak join.


Lepas usrah, tetamu dijamu dengan makan minum lagi oleh tuan rumah.  Memang kekenyangan kami malam tu dengan nasi tomato, puding raja, durian crepe, mini burger dan lain-lain lagi.  Datin Fiza kata, sebab tak jumpa durian elok, beliau hanya boleh sediakan crepe durian untuk tetamu.

Semoga bertambah-tambah murah rezeki dan dipermudahkan urusan tuan rumah yang sudi menerima kami sebagai tetamu malam itu.
Wassalam.

1 comment: