Assalam...
Pagi hari pertama ketika kami sampai di ranah minang (tanah orang minang), perkara pertama nak buat ialah mengisi perut. Supir yang ambil kami budak muda, macam malu-malu dan tak banyak cakap. Part nie, En.Abe suka sebab kalau dapat sopir yang dah berumur banyak cakap tak pasal-pasal ko disekolahkan nanti. Hentam sajalah labu, nasib lah dah study sikit sebelum datang ke sini klau tak jenuh nak bertanya, satu ditanya satu dijawapnya, last semua diam seribu bahasa hanya layan fanorama sepanjang jalan dan lagu kekinian dari play station. Satu yang saya tanyakan, orang sini pagi-pagi sarapan makan apa, dia jawap makan nasi, so mari lah kita makan nasi, tanpa kata dia driver dan singgahkan kami di RM Lamun Ombak.
Sudah menjejakkan kaki di bumi Padang, silalah makan nasi padang sepuasnya. Ini restoran pertama yang kami singgah, lebih kurang dengan restoran nasi padamg yang lain. Antara resto terkenal kot di Padang ini, nak tanya kat supir, tak tahu dia dah ke mana. Mula-mula tadi kami ajak dia makan sekali boleh lah borak dengan dia, tapi dia makan tempat lain pula.
Bermula lah acara pilih memilih lauk. Lebih dari 20 lauk pauk terhidang depan kami, kebanyakkan lauk daging dan ayam. Kami hanya pilih 5 pinggan kot termasuk sambal.
Mencuba killer menu orang minang yang nie, telur tembusu namanya walaupun bukan terbuat daripada telur. Kantung tu dari usus lembu dan inti dalamya daripada tepung yang dicampur bumbu. Sangkaan meleset sama sekali, ingatkan telur yang disumbat ke dalam usus tu.
Sambal ikan masin air tawar kot yang nie, sedap sangat. Makan yang nie je dengan nasi dah cukup, dua orang lagi tak boleh pisah dengan menu ayamnya.
Jadi pagi pertama dibumi Minang, kami bersarapan mengalahkan king. Selalu kalau berjalan-jalan, sarapan pagi pilih yang berat dan skip makan tengahari. Lewat petang pula baru cari makanan berat sebagai makan malam.
Selepas makan dan settlekan bil, kami tak berlengah kat resto tu, cari supir dan ajak teruskan perjalanan. Perjalanan ke tempat tujuan masih jauh dan akan singgah di beberapa tempat.
Sepanjang jalan mendaki ke Bukit Tinggi pagi itu cuaca redup dan sesekali bersulam gerimis.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment