Thursday, 8 February 2018

Take a Break: Mandi Manda Sungai Rengat


Assalam...
Esok pagi kita pergi mandi sungai, dengar tu rasa macam nak balas balik, pergi jelah, bukan jadi masalah pun, terjun jelah sungai kat tepi rumah tu, macam kebiasaan mereka mandi sungai tepi rumah.  Hampir setiap kali balik kampung mesti mereka nak mandi sungai.  Hanya mampu bersabar dan tolong fahami mereka yang membesar tepi sungai, tentu sekali banyak kenangan.  Saya mula-mula dulu suka juga terjun, biasalah mula-mula teruja mesti ada, tapi setiap kali lepas mandi sungai, badan gatal-gatal tu yang mengurangkan keterujaan.  



Rupanya kali ini nak pergi sungai lain, Sungai Rengat yang terletak dalam hutan simpan dan agak jauh ke dalam.  Separuh daripada laluan untuk sampai ke sini adalah jalan kebun, tanah merah, curam dan agak licin terutama ketika musim hujan.  En.Abe ang the gang pernah sampai sampai ke air terjun mencari ikan, lubuk kelah katanya kat atas tu.  Mereka bawa tong oxygen dan menyelam sampai ke dasar sungai mencari ikan.


Kami hanya mandi di kawasan sungai yang pertama kami jumpa, pinggir kebun tak sampai ke dalam hutan simpan yang ada air terjun.  Bagi saya lebih selamat kat sini, sebab masih boleh jumpa orang bermotorsikal nak ke kebun.


Seronok Jannah main air kat tebing.  Suhu air pun tak sejuk sangat, jadi boleh berendam lama-lama. 


Makcik tengah update status ker? line clear kat sini, banding kawasan pekan kat luar tadi.  Jom kita mandi sungai, tinggalkan gadjet berdamai dengan alam sekitar.


Ada kat seberang sungai tu ada kawasan luas sikit untuk orang berkelah.  Ada bekas orang pernah buat bakar-bakar kat situ.  Sebenarnya itu juga laluan keluar masuk orang ke kebun sawit mereka.


Pergi berkelah bawa bekalan roti canai, nasi berlauk dengan nasi kerabu.  Bukan masak pun, beli je dari peniaga nasai kat kampung.  Masa kat rumah rasa kenyang tapi sampai je tepi sungai, tiba-tiba rasa lapar.  Beselera sungguh makan sambil berendam separuh badan.  Naik dari berendam makan roti canai pula.


Dekat nak zohor, jom kita kemas-kemas dan balik.  Keadaan langit dah mula nak gelap, kena segera keluar dari situ sebelum hujan turun, tak mau ambil risiko sebab kereta pun bukan jenis yang ada kuasa berganda-ganda. 


Akan datang boleh plan betul-betul dan pergi ramai-ramai, ajak beberapa orang kawan sekampung dan keluarga mereka sekali.  Hari tu pun ramai yang tak puas hati sebab tak diajak selepas tahu kami pergi mandi di Sungai Rengat.
Wassalam.

2 comments: