Assalam....
Dalam ilham mencari kudapan, tapi nak yang senang dan mudah disediakan. Sebenarnya hari tu ada stock tapai ubi yang masih berbaki, beli masa secara sorok-sorok semasa singgah pasar malam perjalanan ke rumah sepupu. Tapai ubi ini antara makanan yang saya pantang jumpa mesti nak beli sebab suka sangat berbanding dengan tapai pulut.
Sekarang sebab suka berjalan-jalan dan melancong secara maya, ke wall orang yang suka masak-masak jumpa satu resepi yang guna tapai ubi. Bila baca-baca, macam senang dan bahan pun macam semua ada, so mari kita proses tapai ubi itu menjadi kudapan yang dinamakan Brudel Tape Keju.
Brudel Tape Keju
Sumber: Ig. Novera_vee
Bahan-bahan
2 biji telur
175gm gula castor
220gm tepung gandum
150gm tapai ubi (buang alur tengahnya)
100gm majerin
7gm yis
175ml air suam (boleh ganti susu cair suam jika suka)
Parutan keju cheddar untuk topping
Cara Penyediaanya
* Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
* Aduk sampai betul-betul sebati (boleh guna mixer selama 1-2 minit) tapi tak perlu sampai kembang.
* Masukkan ke loyang yang sudah digris terlebih dahulu.
* Diamkan selama lebih kurang 45 minit (adunan akan naik dan mengembang sekali ganda).
* Taburkan parutan keju chedar di atas adunan atau sebarang topping dan bakar sehingga masak.
* Biarkan sejuk dan hidangkan.
Tapi saya hari tu, tak sempat sejuk dah potong dan makan. Sedap pula makan suam-suam lawankan dengan teh panas.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment