Assalam...
Sambung cerita pasal jalan-jalan pi penang hari cny hari itu. Demi melansaikan hajat orang yang nak makan famous cendol penang road ini, kita temankan sebab sebelum ini dia dah bawa kita orang pergi tempat yang diingini. Hari pertama sampai pada 1st day cny, semasa kami dok berlegar di kawasan lala, kawan tu dah datang jenguk tapi stall tak buka lagi. Yelah mr.tan mestilah cuti sambut cny mah...tak tau lagi meh...
Petang hari kedua sebelum dia hantar saya naik bas balik kl, kami datang ke area ini lagi. Hoyehh, nasib baik kedai dah buka, senyum kawan boleh tunaikan hajat. Sebenarnya dah banyak kedai Teochew Cendol ini di KL, tapi tempat jatuh lagi di kenang kan?.
Tu dia orang beratur punyalah panjang, ini perkara biasa sebenarnya setiap hari terutama hari cuti.
Nampak tak orang beratur sampai ke penang road..
Sambil beratur depa makan ini, moci katanya. Jangan tanya saya tentang rasanya sebab saya tak makan. Dibuat dari tepung pulut dan digolek-golekkan dengan kacang tumbuk dan gula pasir.
Mr tan nak cendol makan 3, bungkus 2...hantu cendol buat pesanan. Tak mahu ganggu tugas buat cendol, saya cuma sempat tanya pasal cuti dengan mr.tan. Dia cakap cuti 2 hari saja, cukuplah, hari makan besar dan semalam (maksudnya cny eve dan 1st day cny).
Baju merah itulah mr. tan, tokeh penang road famous teochew cendol. Walaupun dah banyak kedai dan resto tapi dia setia jalankan tugas dia dekat stall asal ini.
Pekerja memang ramai, ahli keluarga termasuklah tenaga buruh indonesia dan bangladesh.
Kalau buat pesanan melalui talipon pun, yang ambil order adalah pekerja indonesianya. Dah dapat cendol boleh lah cari tempat duduk di kedainya atau makan berdiri saja seperti yang lain.
Ini suasana depan kedai, ramai orang jugak, masing-masing mengintai peluang kalau ada kerusi dan meja kosong kat dalam.
Suasana dalam kedai teochew cendol yang terdapat di lebuh keng kwee. Hiasan dinding semestinya gambar-gambar portfolio dan sejarah perjalanan bisnes cendol keluarga mr.tan. penang road.
Gambar tepi kiri, mr tan semasa muda dengan ice shaver machinenya.
Sebabkan saya puasa cendol petang itu (pantanglah konon sebab batuk), saya tinggalkan mereka menikmati cendol, laksa dan lainya, saya merayap ke bazar chowrasta yang terletak selang beberapa lorong dari lebuh keng kwee.
p/s - ada sebuah stall cendol lagi berhadapan dengan stall mr.tan ini, boleh di kira orang yang beli, sejak dulu memang macam tu, sebab tak sedap ke apa tak tahulah. Gambar pun lupa nak ambik.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment