Thursday 26 March 2015

Kek lapis Mud Oreo

Assalam....
Walau hasil sememeh dan tak semengah, takpe tepek jugak.  Syukur blog asal yang saya cedok resepi ini dah boleh buka.  Kita yang selalu intai pun tak senang duduk sebab tak boleh buka, apa lagi tuan empunya kan.

Ini hasil lepas skodeng blog AlongRoz, dah lama buat dan nak publish tapi tak boleh sebab blog Along tak boleh diakses, jadi tak boleh buat link. Ingatkan Along dah tutup atau privasikan, rupanya ada masalah pada blog tersebut.  Kena hijack....aishhh, tak baik tullah orang macam ini, main hijack-hijack plak.  Tak boleh hijack kapal terbang, blog orang yang dihijacknye.
Sekarang blog Along dah ok, silalah ke sana kalau nak mencari sebarang resepi.  Minta halalkan ya Along nak copy paste resepi tu kat sini.  Ingat nak buat link saja, tapi kalau akan datang jadi apa-apa susah pulak nak cari rujukan tu.
Kek Lapis Mud Oreo
Resepi Oleh: AlongRoz@HomeKreation


Saiz Loyang : 8.5"/9" persegi
BAHAN2 A:  10 bj Telur 

16oz Mentega

1 gelas Gula Kastor (I'll add more next time)  1/2 gelas (60g) Tepung Hongkong#1 

1 cwn Susu Pekat

1 cwn Sekaya
200g Horlicks
1 sb Ovalet

BAHAN B:

1/2 gelas (60g) Tepung Hongkong#2
BAHAN2 C: 
1 gelas Tepung Biskut Oreo (ketepikan krim, blend biskut sehingga halus & sukat)

50g Cocoa Powder
100g Coklat
- cairkan 
CARA2:

1. Putar kesemua bahan2 A, kecuali mentega, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang 2x ganda.

Masukkan mentega & putar lagi sehingga sebati.

2. Asingkan 6 cwn kecil, campurkan bahan B sehingga sebati.

Bahagikan kepada dua bahagian.

2. Adunan selebihnya di campur dgn bahan2 C sehingga sebati.

3. Ratakan 1 cwn kecil bahagian tidak berwarna & grill dgn api atas sahaja sehingga perang.

Lakukan sehingga tiga lapisan.

4. Ratakan 1 cwn kecil adunan Oreo & grill dgn api atas sahaja sehingga masak.

Ulangi sehingga habis kesemua adunan Oreo.

5. Ratakan 1 cwn kecil bahagian tidak berwarna & grill dgn api atas sahaja sehingga perang.
Lakukan sehingga tiga lapisan.

Nota: Setiap lapisan hendak lah di tekan dgn penekan kek lapis sebelum meratakan lapisan yg seterus nya supaya lapisan nya rata.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment