Wednesday, 25 March 2015

Anggerik Lodging, Gelugor Penang.

Assalam..
Bagi penggembara sekalian yang memerlukan tempat penginapan yang selesa dengan budget yang rendah, Anggerik Lodging adalah tempatnya.  Ada bilik single yang serendah RM40 semalam.  Pengurusannya mengamalkan konsep damai dan selamat, mana-mana couple yang hendak menginap di sini kena tunjuk sijil nikah dulu ye, bukan main reda saja.  Lokasinya yang berdekatan dengan USM, menjadikan Anggerik Lodging sentiasa menjadi tumpuan pelajar mahupun ibu bapa mereka untuk menginap di sini.  Anggerik Lodging ini telah wujud lebih daripada 25 tahun dan lokasinya adalah di Jalan Hilir Pemancar, Gelugor.  Kini mereka juga turut menawarkan bilik-bilik yang setaraf dengan bilik hotel dibawah nama A Hotel.
Jalan menuju ke bilik penginapan, surau dan kawasan parkir di belakang.
Surau berasingan turut disediakan.
Ruang koridor
Kemudahan dalam bilik, tak silap ini jenis bilik cendana.
Bilik air yang bersih dan luas.
Ruang makan di Anggerik Lodging, disebabkan bilik-bilik di sini tidak disertakan dengan sarapan maka makanan hanya disediakan mengikut permintaan.  Tapi tak menjadi masalah tentang makan, kerana tempat makan kegemaran ramai di sebelah Pasar Tun Sardon sangat dekat, hanya perlu berjalan kaki kurang daripada 5 minit. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment