Tuesday, 11 June 2013

Ole-ole Wajib dari Johor

nasamulia
Nanas Sarawak namun dipetik dari ladang di Johor.
Assalamualaikum...
Pekabar kawan-kawan, sihat ker? Alhamdulillah syukur kehadrat Allah Subhana Wataala kerana masih melimpahkan rahmatNya kepada kita semua. Mulia baru recover dari demam selesema, memang musim kot kat tempat kerja ramai yang hacium sana, hacium sini.  Sebagai langkah berjaga-jaga dari menyebarkan virus pada rakan-rakan yang lain Mulia pun pakailah face mask.  
Syukur juga sebab sahabat baik Mulia dan anak-anaknya tak jadi datang dari Johor minggu lepas.  Kalau tak tak terlayan, satu lagi takut budak2 tu balik membawa penyakit pulak, lagi2 cuti persekolahan dah tamat nie.  Disebabkan yang di tunggu tak jadi datang, Mulia renung2 jelah ole-ole yang biasa di bawa dari Johor pun jadilah, lepas jugak rindu.
nasamulia
Telur Pindang
Kalau dulu-dulu Telur Pindang kita dapat sebagai bunga telur ketika kenduri orang kahwin jer.  Sekarang dah ada di jual sepanjang masa tak kira musim. Harga antara rm1.50 ke rm2.00 sebiji agak mahal berbanding dengan menggunakan telur masin atau ayam biasa. Ini kerana untuk menghasilkan telur pindang yang berkualiti dan tahan lama perlu melalui proses yang agak rumit dan memakan masa.
nasamulia
Bahulu Gulung Jem Nenas
Kuih tradisional Bahulu Gulung ini agak manis rasanya dan banyak disajikan ketika majlis perkahwinan dan hari raya.
nasamulia
Pisang Salai
Hanya di negeri Johor saja Mulia jumpa pisang salai seperti ini (sila betulkan, sekiranya fakta ini silap).  Pisang salai adalah sejenis jajan (kudapan) yang mempunyai rasa yang manis-manis dan hangit berbau asap hasil daripada proses salaian.
nasamulia
Kuih Cakar Ayam
Jajan cakar ayam, tiada kaitan langsung dengan ayam atau terhasil daripda proses yang ada kaitan dengan ayam.  Hanya nama mungkin kerana bentuk yang menyerupai tanah atau apa-apa keadaan yang agak kucar kacir setelah dicakar oleh ayam.  Gambar ini sebagai wakil kepada jajan lain yang berupa kerepek pisang yang agak terkenal (kerepek pisang tanduk).
Kopi ini pulak dimasukkan sebagai senarai baru kerana suami adalah penggemar kopi 'O'.  Kopi kebanggaan orang Johor, Kopi 434 yang dihasilkan di kilangnya di Muar, Johor.
nasamulia
Baru dalam senarai - Kopi 434
 Wassalam..

No comments:

Post a Comment