Tuesday, 18 June 2013

Marathon Nasi Padang

nasamulia
Konsep nasi padang dengan pilihan pelbagai jenis lauk

Assalam wbt...
Memang sedap bila dapat menikmati nasi padang.  Untuk menikmati nasi padang kita perlu tahulah beberapa konsep yang agak berlainan dengan nasi campur yang biasa bagi kita di Malaysia.  Di Malaysia pun sebenarnya banyak restoran nasi padang yang ada terutama di bandar-bandar besar.  Pengusahanya terdiri orang tempatan ataupun restoran nasi padang yang dibawa masuk secara francaise dari Indonesia.  
nasamulia
Restoran nasi padang menyediakan pelbagai jenis lauk terdiri daripada ikan, ayam, daging, sayur, ulam-ulam dan sambal.  Kebanyakkan menu yang disediakan di masak mengikut cara tradisi orang minang yang terkenal seperti rendang, kari, goreng dan masak lemak.  Sekiranya pelanggan memasuki restoran dan bercadang untuk menikmati nasi padang, pelayan akan menghidangkan kesemua jenis lauk yang terdapat di restoran tersebut.  Setiap satu menu akan di letakkan di dalam pinggan kecil atau mangkuk dan diletakkan diatas meja.  Terdapat situasi sehingga meja sarat dipenuhi dengan lauk pauk.

Bagi mereka yang tidak tahu atau tidak pernah berkunjung ke restoran nasi padang, jangan panik dan terkejut dengan situasi seperti ini.  Anda tidak akan dikenakan bayaran ke atas semua yang dihidang.  Sebaliknya anda hanya akan diminta untuk membayar jumlah lauk atau pinggan yang telah anda makan.  Jadi pastikan anda pilih betul-betul lauk dan berapa pinggan yang hendak di makan.  Jangan sekali-kali menyentuh atau mencuit sedikit pun lauk dengan tujuan untuk merasa sekiranya anda tidak berhasrat untuk menghabiskannya.  Bayaran akan di kenakan.
Nasi Padang tidak lengkap sekiranya tidak disertakan sambal, sambal cili hijau atau merah seperti ini.
Ketika kami di Medan, kami telah berpesan kepada pemandu untuk singgah  ke restoran nasi padang yang menurut beliau rasanya hebat dan berpatutan dari segi harga.  Harga makanan yang kami bayar untuk 5 orang adalah antara Rp250,000 hingga Rp300,000.  Woow, kok mahal bener, sekali santap ratusan ribu....hehehe

nasamulia
Kari Ikam Emas antara menu popular rumah makan di Parapat...bekalan ikan emas diperolehi dengan banyaknya dari penternak ikan dalan sanggkar di kawasan Danau Toba
Restoran nasi padang juga ada menyediakan menu ala-carte seperti nasi goreng tetapi dah alang-alang ke tempat orang, baik kita rase makanan mereka.  Yang Mulia suka bab kebersihan kedai, memang tip top, layanan bagus dan tiada charge untuk air minum (air jarang) yang disediakan, minumlah sebanyak mana yang anda suka.
nasamulia
Lauk di rumah makan (restauran) Istana Minang yang terletak di Parapat
Ketika kembali ke Bandar Medan, kami juga sempat berkunjung ke rumah makan Garuda yang merupakan restoran nasi padang terbesar di sini.  Namun kami hanya membasahkan tekak menikmati Es Teller, minuman yang diperbuat menggunakan buah avacado (alfukat).  Sebelum berangkat balik Mulia dengan suami sempat singgah menikmati hidangan pesisir di rumah makan berdekatan dengan hotel penginapan kami.  Konsep tetap sama dengan nasi padang, cuma hidangan dan menu agak berbeza.  Menurut pelayan di situ, menu orang pesisir adalah merujuk kepada makanan masyarakat yang mendiami tepi pantai di Sumatera.
nasamulia
Es Teller di Restoran Garuda, rasanya lemak2 manis
Kepada sesiapa yang hendak berkunjung ke Medan Indonesia, jangan lepaskan peluang menikmati keenakan nasi padang.
Wassalam... 

No comments:

Post a Comment