Wednesday, 12 June 2013

Ikan Bilis Danau Toba.

nasamulia
Ikan Bilis Toba
Assalamualaikum...
Selamat petang kawan-kawan, cuaca panas terik kat luar terasa bahangnya hingga ke bilik berpenghawa dingin ini.  Nasiblah kerja Mulia jenis yang tidak mengizinkan untuk keluar-keluar, kalau tak entah apa jadi dengan kepala ini agaknya migrin tak sudah.  Ada ketika bila kena keluar sekejap pun, bila balik dah tiada daya untuk meneruskan kerja-kerja yang masih bertimbun.
Hujung minggu lepas pun duk kat rumah jer, makan pun nak yang ringkas2 disebabkan tak sedap badan dan kurang selera.  Mulia teringat ada stok ikan bilis yang di beli ketika berkunjung ke Danau Toba, Indonesia tempoh hari.  Mulia sebenarnya tak sure nama sebenar ikan ini, tetapi ketika di Medan, bila sebut ikan bilis, mereka hulur ikan bilis toba ini.  Menurut sahabat mulia yang dah mencuba ikan bilis ini, ada rasa pahit sedikit, rasanya memang berbeza dengan yang di nikmati ketika di sana, sedap dan menyelerakan tanpa sedikit pun rasa pahit.  
Rasa pahit tu berpunca dari mana pun tak tahu, sama ada dari kepala, perut ikan, atau pun rasanya telah bertukar kerana melangkaui wilayah negara.., walahualam.  Kalau goreng dan makan begitu saja memang akan sah rasa pahitnya, tapi tak kan nak buang pulak, susah payah bawa dari jauh kan.  Takpe, ikut petua orang tua-tua mungkin dalam setiap rasa pahit tu ada penawar.
Mulia teringat ketika dulu, bila rumah kekurangan lauk untuk dipenuh dalam dulang, mak selalu sediakan ikan bilis tumis asam.  Jadi untuk memotong rasa pahit ikan bilis toba ini, Mulia cuba buat seperti yang gambar di bawh ini; ikan bilis goreng dulu, kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah, cili dan tomato, kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan.  Biar seketika sehingga pekat sedikit atau nak hingga kering pun boleh.  Erm sedap makan dengan nasi panasssss.
nasamulia
Sambal Tumis Asam Ikan Bilis Danau Toba

Wassalam.

No comments:

Post a Comment