Wednesday, 1 July 2020

Belajar Benda Baru di Poslaju.

Assalamm...
Baru nie pergi poslaju nak hantar barang untuk kawan, dah lama tak guna khidmat pos sejak ada alternatif lain.  Tapi sejak PKP yang lain tu macam lambat terutamanya kawasan pedalaman yang diluar kawasan liputan, poslaju masa PKP sama juga sebenarnya kurang laju dan timbunan barang untuk dihantar kepada penerima sampai tak cukup ruang nak letak.  Pergi hantar barang ini kat poslaju centre sebab pergi ke pos biasa panjang bukan main quenya.  Sampai giliran masuk dalam nak pos barang, bila minta consigment note pegawai tu tunjukkan pc, oh sekarang kat sini tak perlu tulis-tulis slip macam biasa, jakun sungguh rasanya.

Mudah juga nak guna aplikasi poslaju tu, pegawai tu kata kita boleh buat di rumah dengan download aplikasi di talifon bimbit dan print saja bila sampai pejabat pos.  Patutlah ramai yang datang-datang terus scan barcode kat mesin tu, dan keluar lah slip poslaju mereka.  Mana yang buat bisnes online tu memang tau lah guna yang ini, mudah kerja isikan semua detail di rumah dan hanya print dan lekatkan slip.


Ilmu baru bagi saya yang pertama kali guna aplikasi ini.  Saya guna pc depa jer buat sebab sejenis manusia yang bila kelam kabut nak download aplikasi baru mesti kalut, time tulah lupa id atau password phone.  Dari phone kena block mencari id dan password baik santai-santai kita guna pc depa lah.  Cuba kena pastikan alamat dan contact number kita dan pengirim tu isi dengan betul.

Masa tu macam nak tolong jer makcik pakcik yang macam susah nak gunakan aplikasi ini.  Tapi pegawai poslaju baik-baik semuanya, diorang sedia memberi tunjuk ajar.Wasalam.

3 comments:

  1. Senang ye sekarang ni. PH ni dah tak ingat bila kali terakhir guna khidmat Poslaju ni. Lama sungguh...

    ReplyDelete
  2. semua dihujung jari., sediakan duit saje lah., ;p

    ReplyDelete
  3. wahh baharu gak ni ye, kak ana last hari tu guna kekdah lama lagi hehe :)

    ReplyDelete