Wednesday, 15 July 2020

Kuih Biji Kambing, MIL

Assalamm... 
Siapa tahu nama kuih ini? tak pasti nama sebenarnya tapi yang saya dengar MIL namakan macam mencarut bunyinya.  Tanya dia memang nama itu ker, dia pun angguk dan senyum-senyum bila sebut nama kuih biji kambing, aduhai.  Masa mula-mula dengar diorang buka cerita pasal kuih ini mesti mereka gelak besar, mungkin lucu dengan namanya saya pun tak dapat nak bayangkan kuih tu bentuk dan rasanya yang bagaimana.  Tak dapat nak teka, tak pernah jumpa dan makan kata saya.

Tak mahu biar teka teki itu berlarutan, satu hari ada kelapangan, saya ajak MIL buat kuih biji kambing tu untuk dijadikan sarapan.  Dengan sukacita dia pun buat adunan tu pada malam hari, katanya esok pagi bangun tinggal golek-golek, bentukkan dan goreng.  Step by step dan kuantiti bahan yang digunakan, dia tolong tunjuk walaupun main agak-agak.
Kuih yang telah dipotong-potong dan dibentukkan, ada macam biji kambing ker? erm entah lah.  Nanti masa goreng dia akan kembang sedikit, jadi bentuk lain pula.
Kuih Biji Kambing (Pak Tongko)
Sumber: MIL
 
Bahan-bahan
500gm tepung gandum
2 sudu majerin
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air campur secubit garam
1.5 sudu teh soda bicarbonate
Minyak untuk menggoreng
 
Cara Penyediaannya
* Campurkan semua bahan kecuali minyak dan air.  Uli seperti membuat roti atau boleh guna mixer.
* Campurkan air sedikit demi sedikit hingga semua tercampur rata.  Adunan memang agak lembik.
* Biarkan adaunan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
* Uli adunan memanjang dengan taburan tepung pada permukaan baking sheet atau papan canai.
* Potong pendek dan kelar dibahagian tengah.
* Panaskan minyak, masukkan kuih dan goreng hingga masak kekuningan.
* Perlu dibalik-balikkan ketika menggoreng agar gorengan sekata.
* Angkat dan toskan minyaknya serta hidangkan. 
 
Ketika menolong menggoreng, baru ingatan saya kembali ke zaman jadi minah kilang di Penang dulu.  Saya pernah makan kuih ini, pemberiann dari seorang kakak leader kami ketika itu.  Mereka panggil kuih ini sebagai pak tongkoh, terkadang orang utara gelarkan kuih cakoi juga sebagai pak tongko.  Lepas dari itu, adalah dua tiga kali jumpa kuih ini di jual di gerai tapi tak semua tempat jual benda ini, kira rare juga lah masa itu.
Sebenarnya dulu masa anak-anak MIL masih kecil, setiap pagi MIL akan sediakan kuih ini untuk dihantar ke gerai-gerai di kampung.  Ramai orang lama di kampung yang menggemari kuih ini kerana cukup mengenyangkan, jadi selalu jadi bekalan sebelum pergi kebun atau menoreh.  Pertambahan tugas harian dan keadaan FIL yang kurang sihat, menyebabkan MIL tidak dapat lagi menyediakan kuih biji kambing sekian lama sehingga ramai anak-anak saudaranya yang meminta untuk dibuatkan kuih lejen ini. 
BOleh dihidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang, samaada ketika masih suam-suam atau sejuk.  Lebih sedap jika digandingkan dengan minuman kegemaran seperti teh 'o' panas.
Wassalam.

10 comments:

  1. Macam mana dapat nama biji kambing ek
    Biji kambing kecik2 macam kacang tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah Wak, macamana orang tu dapat nama. hahaha

      Delete
  2. pertama kali dengar nama kuih ni

    ReplyDelete
  3. Unik betul namanya. Sedap ni makan lawan dengan kopi panas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Farrah, gu kan dengan kopi atau teh panas, nyaman.

      Delete
  4. Nama yang pelik-pelik ni senang nak ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya lah kak, orang yang mula-mula pun buntu nak bagi nama.

      Delete