Sunday 2 February 2020

Rizky Cendol Durian, Manis Berdenyut Di Kota Damansara

Assalam...
Suka cendol dan durian, kita geng.  Beberapa hari lepas teringin sangat nak makan cendol, mana nak cari yek, duk terbayang cendol mamak bawah pokok tapi warung mamak punya cendol takde durian.  Tak tau lah kemaruk apa nak cari cendol, agaknya selalu tengok kat wall orang tayang cendol.  Punya ramai yang tayang gambar cendol, musim panas kot tu yang ramai mencari cendol.


Nak dijadikan cerita, suatu petang balik kerja letih sangat.  Buat-buat muka macam nak mati, nak harap simpati ker atau memang kempunan nak makan cendol, tapi hari tu tak tipu memang letih sangat.  Agaknya en.Abe kesian tengok dia offer diri nak keluar carikan benda makan yang dihajati, kang betul-betul mati tak sempat nak makan haru juga dia.  Cakap lah nak makan cendol kalau boleh yang ada durian.  Dengar dia duk berkira-kira, tempat biasa kita makan ada cendol tapi takde durian, tak kan nak gi Shah Alam tempat yang kita pernah pergi tu, TTDI pulak letak paste durian tak sedap, SS2 tak nak.  Gigih tanya kawan-kawan kat mana tempat jual cendol durian malam-malam sampaikan dia kena gelakkan, isteri mengidam nak cendol malam-malam.  Akhirnya Allah lorongkan dia jumpa dengan gerai ini dan bawa balik mangkuk cendol untuk isteri, aik beli sampai 2 mangkuk.  Nak perli kah apa kah, makan saja jangan banyak tanya, tapi serius sedap.   


Beberapa malam selepas itu, repeat datang beli cendol lagi.  Tak sempat nak lepak makan-makan di situ kita bungkus saja.  My bff hantar gambar masa dia makan kat situ dengan si pakcik, masa tu dah tak terliur sangat sebab kita dah pekena dulu cendol durian ini.


Tu harga cendol di gerai Rizky, section 6 Kota Damansara.  Letak durian dalam cendol tu memang tak kedekut, saya tanya harga dalam mangkuk kepunyaan pelanggan lain, itu yang harga RM10 ker.  Adik tu cakap iya kak, kami buat promosi sempena musim durian, kalau luar musim harga mungkin berubah kak.  Iya akak faham, kalau tak lepas kos macamana nak jual murah dik.


Gerai dia tepi jalan, satu deret dengan gerai nasi ayam warisan KD.  Dibuka setiap hari dari siang hingga ke malam hari.  Berbaloi dengan harga dan durian yang mereka bagi.

Memang rezeki sangat jumpa cendol durian di gerai Rizky Cendol Durian Manis berdenyut, Tengah malam pun boleh lari sini pekena cendol bila teringin.  Moga bisnes adik ini makin maju dan berterusan.
Wassalam.

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. pergh mencair terus rasa kat dalam mulut kami ni. tu baru tengok gambaq. hahahaa

    ReplyDelete