Monday, 3 February 2020

Syafakillah Untuk Mak Teh.

Assalam....
Mak Teh, ibu saudara en.suami di diagnose mengidap kanser sarcoma tahap 4, mulanya ramai yang menjangkakan kanser lymphoma kerana bengkak dan benjolan yang timbul dibahagian leher.  Kehidupan seorang yang sihat dan ceria selama ini, tiba-tiba bertukar 360 darjah setelah mengalami sakit sekitar 3 bulan yang lalu.  Mula-mula bengkak biasa seperti beguk di leher dan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital Seremban.  Peringkat permulaan beberapa saringan kesihatan dan ujian darah dilakukan tetapi masih tidak dapat mengesan sakit yang dihidapi.  Bahagian leher terus membengkak dan menyukarkan untuk menoleh ke kiri atau ke kanan, baru doktor sarankan untuk membuat ujian biopsi dengan mengambil sedikit tisu di bahagian bengkak.  Mak teh buat scan di KL sebab peralatan di hospital sebelum ini tak complete untuk tentukan tahap kanser dan rawatan susulan yang sesuai.  
 
Kami datang melawat di IKN Putrajaya selepas mak teh menjalani rawatan kimoterapi.  Nampak sangat keadaan mak teh lemah dan perlu ditempatkan di ward beberapa hari sebelum dibenarkan balik.  Sempat suapkan makanan dan borak-borak dengan dia, dia tanya resepi buat bubur yang dia makan.  Sedih melihat keadaan dia sebenarnya, tapi kena tahan jangan nangis, kita yang sihat kena bagi semangat pada dia.  setiap kali jumpa mak teh tak lupa minta kita doakan dia.

"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"
Artinya: Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.  Amin, amin yarabbal alamin. 


Minggu depan mak teh kena buat kimo kali kedua di IKN lagi, semoga mak teh terus kuat dan sihat selepas ini.  Amin.  Tolong doakan mak teh saya ya sihat semula.
Wassalam.

3 comments:

  1. Moga diringankan kesakitannya dan diberi kesembuhan buat mak teh.

    ReplyDelete
  2. Semoga dikurnikan kesembuhan buat Mak Teh NM.

    ReplyDelete