Tuesday, 11 February 2020

Jalan-Jalan Ke Studio Chef Asma

Assalam...
Hari minggu yang sendu sebab tak tahu nak buat apa (banyak jer benda kena buat, tapi tak tahu nak mula yang mana dulu), jadi kita jalan-jalan ke sini dulu.  Hajat nak cari pau Puchong yang viral tu pun iya juga.  Agak jauh juga tempat dia nie, mungkin sebab kami pertama kali dapat sampai ke sini.  Kebetulan hari kami pergi tu, chef Asma takde kelas masak di situ, jaga student exam kata pembantu dia.


Peralatan memasak yang chef asma guna adalah brand Trio, turut dijual pada pelajar dan mereka yang berminat.  Memang ramai bakers dan peniaga kuih yang guna brand ini, satu testimoni yang baik bagi mereka yang pertama kali hendak mencuba peralatan tersebut.  Gambar bawah adalah sample steamer.  Stok dah habis, sampai jer terus habis kata pembantu chef, mereka buat pre-order benda nie.


Stok loyang baru sampai dari Indonesia, sesuai untuk kuih talam dan juga untuk membakar kek. 


Ini pula adalah set pembaris dan cutter untuk kuih talam.  Kalau beli kuih yang cantik dan sama saiz jer mereka potong guna set ini lah.


Sebab takde kelas masak hari tu, kami minta izin melihat-lihat kawasan dapur yang selalu penuh dengan student.  Pembantu chef sangat mesra pelanggan, setiap yang kami tanya berkenaan peralatan, dia bagi penerangan siap buat contoh dan perbandingan antara satu jenama peralatan yang mereka guna.  Kalau jumpa servis cantik macam tu baik, dari tak nak beli barang jadi borong terus.  Mula-mula nak datang tengok dan servey harga saja dulu, tapi sebab adik tu baik terus lah kami beli oven.

Sistemetik dan tersusun rapi setiap peralatan dari sekecil-kecil ke benda yang besar.  Seronok tengok barang dan bahan-bahan yang banyak untuk persediaan kelas, selalu setiap hujung minggu memang ada kelas di studio ini.


Adik tu kata, kalau nak tengok modul apa yang akan diajar setiap hujung minggu, kena check dekat fb Chef Asma.  Chef ajar macam-macam jenis, pastry, kuih tradisi, roti, lauk-pauk dan banyak lagi, harga bergantung pada jenis modul yang dipilih.  Lepas ini boleh lah nak menabung untuk sertai kelas chef Asma. 


Nak sesuaikan dengan oven baru, en.Abe hasut pula beli mixer yang ini.  Ada offer hari tu, kalau compare dengan brand lain yang ini jauh lebih murah.  Boleh lah untuk permulaan bukan bakers tegar pun, buat ikut suka hati dan ikut dan.

Harap-harap rajin lah ye lepas ini, jangan simpan buat tukun tiruan pula macam yang lepas-lepas.
Wassalam.

3 comments:

  1. Macam-macam ada ye. Kalau dekat boleh terjah.

    Salam kenal Nasa :)

    ReplyDelete
  2. Tabiklah dengan chef! Memang banyak betul jenis peralatan dalam dunia kulinari yang perlu disediakan. Jadi, pembelajaran pun berjalan lancar.

    ReplyDelete