Assalamm...
Sukarnya lah berguru dengan orang lama, jika kurang sabar mau jadi gaduh atau menyerah kalah dengan mereka. Macam ketika kami sediakan kuih bandang (nagasari) ini, ada 2 golongan yang selalu bercanggah pendapat, golongan lama (orang tua / otai) dan golongan muda. Orang lama buat memang teliti, semua segi nak diperincikan dari segi potongan daun pisang, potongan pisang semua kena ikut law lah. Saiz bungkusan pula mereka suka jika bungkusan kuih itu kecil dan comel. Sementara orang muda pula tak kisah pada itu semua, lebih suka buat yang short cut sebab nak cepat selesai.
Mereka yang tidak tahan dikritik memang tak berani nak mendekat menolong. Yang tinggal menolong pun diam tak berani nak membantah, ikutlah aturan walau dalam hati tetap sebal nak keluarkan pendapat, takut-takut jika tersalah cakap. Apapun sebab nak dapatkan ilmu orang lama, kena lah tahan telinga dan bertabah saja lah.
Kuih Bandang (Nagasari)
Sumber: Hjh Jumria
Bahan-bahan
1 pkt (500gm) tepung beras
6 gelas santan
11/2 gelas gula pasir
Sedikit garam
Pisang masak secukupnya
- Guna pisang yang betul-betul masak (pisang nipah / pisang raja) belah dan potong dua.
Daun pisang secukupnya
- Daun pisang perlu dilayur atau layukan dibawah panas matahari dan potong sedikit bahagian pangkal dan hujung daun tersebut (bentuk segi empat).
Pengukus
Cara Penyediaannya
* Campurkan tepung beras dengan 2 gelas santan, kacau hingga sebati (jangan sampai bergentel).
* Didihkan lebihan santan yang dicampur dengan gula dan garam.
* Bila santan sudah mendidih, tuangkan bancuhan tepung tadi sambil dikacau sebati.
* Teruskan mengacau tepung sampai masak, beku dan berkilat. Tutup api.
* Bungkus kuih, ambil daun dan letakkan adunan tepung (satu sudu besar) pada bahagian dalam daun, ratakan (nipiskan) adunan.
* Letakkan satu potong pisang di atas adunan dan tekan sedikit, supaya adunan dapat menutupi permukaan pisang (atau ratakan sedikit adunan di atas permukaan pisang menggunakan sudu).
* Kemaskan bungkusan dengan lipat lebihan daun pisang (bahagian kiri dan kanan).
Kukus Kuih Bandang (Nagasari)
* Sediakan pengukus, isi air yang secukupnya. Susun kuih di dalam pengukus hingga habis dan renjis sedikit dengan air.
* Kukus dengan api sederhana.
* Pada awal mengukus jangan tutup periuk pengukus. Tutup hanya apabila wap kukusan sudah naik.
* Kukus hingga masak lebih kurang 20 - 30 minit (daun pisang layu dan bertukar warna).
* Hidangkan ketika kuih sudah suam atau sejuk.
Bila dah siap masak, memang cantik lah bungkusan yang rapi dan comel berbanding yang besar dan lebar. Bila mata nampak cantik, automatik selera pun akan kata sedap juga.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment