Assalam..
Puding yang nampak macam kek, sangat suka yang ini dan selalu dapat makan menjelang sambutan krismas sebab chef buat untuk promo krismas dan new year saja, hari-hari lain illek poci. Bila dah ada resepi, ikut lah suka nak buat hari apa pun takpe. Tapi sebenarnya dapat resepi pun bukan terus buat, dah berapa krismas dah berlalu, chef yang bagi resepi pun dan jadi mendiang baru sampai seru nak buat. Resepi Puding Krismas yang dikongsi oleh chef Tee ini ada dua, satu guna lobak merah dan satu lagi chocolate powder.
X'mas Puding - Carrot Pudding
Sumber: Chef Tee
Bahannya
1kg mentega
1kg gula halus
1kg tepung gandum*
1kg telur (anggaran 18 biji)
1.5kg lobak merah (parut)
1 sudu makan baking powder*
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh pewarna kuning telur
150 gm ceri merah - potong kecil.
(bahan tanda * ayak bersama)
Penyediaannya
* Sediakan acuan dan gris acuan dengan mentega dan tabur sedikit tepung.
* Sediakan pengukus.
* Putar mentega & gula hingga kembang. masukk telur sebiji demi sebiji. Masukkan pewarna kuning (jika suka) dan esen vanilla.
* Campurkan sedikit tepung ke dalam parutan lobak merah.
* Masukkan lebihan tepung sedikit demi sedikit dan gaul perlahan hingga habis ke dalam adunan.
* Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah disiapkan awal. Adunan letak 2/3 acuan sahaja. Tutup acuan dengan cling wrap atau guna foil.
* Stim selama 2 jam.
* Hidang bersama kastard sos, sedap dinikmati ketika masih panas.
Sos Kastard
Sumber: Chef Tee
Bahan-bahan
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
Sedikit esen vanilla
1/2 cawan air
Cara Penyediaannya
* Sampurkan semua bahan kecuali esen vanila. Kacau hingga sebati dan tepung tidak bertul-ketul.
* Masak dengan api sederhana dan kacau hingga sos pekat.
* Masukkan esen dan kacau hingga sos meletup-letup.
* Tutupkan api dan hidang bersama puding x'mas.
Kalau tanya saya mana satu yang sedap, dua-dua pun sedap, tapi saya lebih suka puding carrot nie berbanding yang coklat. Tapi itu pilihan masing-masing. Jika penggemar coklat, mesti coklat yang sedap.
Wassalam.
Hi there to every , since I am in fact keen of reading
ReplyDeletethis website's post to be updated regularly. It carries nice data.
Wow, this post is good, my younger sister is analyzing these things, thus I am going to tell her.
ReplyDelete