Thursday, 4 January 2018

Perjalanan di Penghujung Tahun 2017.


Assalam...
Hujung tahun ramai orang ambil kesempatan bercuti panjang.  Yang pergi oversea bergolek-golek atas salji, kami mampu buat perjalanan balik kampung untuk menghadiri kenduri kaum keluarga itu pun dah cukup syukur.  Selalu balik kampung sempat rehat sehari dua, tapi kali ini kena buat perjalanan jauh sikit sebab ada 2 kenduri di tempat berlainan dan berjauhan.  Petang jumaat selepas kerja terus balik kampung Pahang, sebab keesokkan hari ada kenduri kahwin sepupu belah en. Abe di Felda Purun.  Harus pergi sebab tak pernah lagi berkunjung ke situ. 


Tempat kedua pulak, sehari selepas kenduri di Pahang.  Juga harus pergi sebab dah lama tak balik Kedah dan inilah peluang nak bawa mak mertua jalan ke rumah mak andak.  Plan bercuti hanya berdua harus ditangguh dan utamakan cuti-cuti bertemu sanak saudara, itu kan lebih afdal bersilaturrahim dan kukuhkan ukhwah islamiah.


Berkira-kira nak pergi Kedah dari Pahang nak lalu jalan mana satu;
a.  Lalu Gua Musang - Jeli - Grik -Sidam.
b. Lalu Cameron Highland - Simpang Pulai - Sidam.
c.  Patah balik KL dan bergerak ke utara (Sidam).

Saya suka kalau yang memandu pilih laluan Gua Musang - Jeli dan Gerik.  Tapi nampak takde reseki, dia pilih laluan mendaki ke Cameron Highland.


Seawal pagi jam 6.30 bertolak dari Batu Balai ke Sidam.  Singgah di Cameron Highland untuk sarapan dan isi minyak.  Perjalanan kami dipermudahkan pagi itu, semasa mendaki ke Cameron dari Sungai Koyan jalan raya lenggang macam takde kereta lalu jalan yang lebar tu.  Di Cameron pulak tidak sesak seperti selalu, mungkin jugak sebab masih awal pagi, hanya ketika menurun ke Simpang Pulai agak banyak kenderaan sedang menuju ke puncak. 


Dalam perjalanan driver sentiasa kawal kelajuan, faham jelah kawasan Perak tu banyak camera, azam 2018 bebas saman trafik.  Sampai lewat takpe, kenduri rumah mak andak selalui sampai ke malam, makanan banyak.  Memang itulah yang berlaku, mak mertua yang ikut jadi heran sebab kami sampai lambat petang tu, tetapi masih ramai tetamu.  Selalu makanan pelbagai (nasi, lauk-pauk, laksa, bihun, pulut, cendol, ais kacang, char koay teow) sponsor dari anak-anak mak andak.  Lama tak makan yang ini, acar limau.  Guna limau nipis atau limau kapas.  Antara hasil terbaik air tangan mak andak.


Tepung talam yang sangat sedap.


Sewaktu melintasi char koay teow Sg Dua, kami dah plan nak singgah makan kat situ sebelum bergerak balik ke PJ.  Namun rezeki aturkan yang lain.  Lepas magrib, adik (azhar) cepat-cepat siapkan bahan untuk buat char koay teow sebelum kami balik.  Puas makan siap ada yang makan bertambah, 2 pinggang seorang.


Kedahan mesti tau yang ini, bihun goreng makan dengan kuah laksa.  Tak pelik tau, hangpa yang pelik sebab tak tau.  Sedap baq hang.


Tiga generasi, mak andak (tok), kak mah (anak) dan atikah (cucu).


Group photo harus sebelum gerak balik sebagai kenangan.  Lagi pun ada orang Pahang yang pertama kali sampai Sidam (rumah mak andak).


Nak kumpulkan semua orang memang tak dapat sebab ada yang kena layan tetamu lagi di bawah khemah.  Kat sini kalu buat makan-makan memang dari siang sampai ke malam, dari dulu sampai ke lah tetamu tak henti.  Murah rezeki tuan rumah sentiasa terima tetamu sejak mula kenal mereka memang macam tu.


Lebih kurang jam 9.30 malam, kami beransur dari Sidam balik ke PJ.  Sambut tahun baru dalam kereta atas lebuhraya plus.  Tak sedar pun bila detik 00.00 2018, sebab tertidur sepanjang jalan, kiranya kami naik kereta selama setahun dari 2017.  Terima kasih pada driver yang membawa kami menjelajah pergi dan balik dengan selamat.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment