Assalam...
Kenduri majlis perkahwinan sepupu belah en.Abe di Felda Purun, Pahang. Pertama kali sampai ke sini, walaupun dah beberapa kali berjumpa dengan ahli keluarga arwah ayah long purun (nama sebenar Baharuddin, tapi bagi gelar ikut nama tempat menetap, sebab ada satu lagi ayah long terengganu, yang menetap di Cendering, Terengganu). Perjalanan dari Batu Balai ke Felda Purun mengambil masa 2 jam lebih, keluar awal sebab takut sesat sebab semua tak pernah sampai lagi dan plan nak balik awal selepas itu. Pengantin lelaki (hafizi) merupakan anak bongsu arwah ayah long bertemu jodoh dengan gadis (Shuhada) dari Pengkalan Hulu, Perak.
Tapi bila pergi kenduri sanak saudara, mana aci kalau tak tunggu saudara lain yang belum sampai atau pun pengantin. Jarang-jarang jumpa, masa begini lah yang ada peluang pun nak berkenal-kenalan. Memang ada antara mereka yang tak kenal sepupu sendiri. Plan nak balik awal tak jadi dan plan nak teruskan perjalanan lepas asar ke utara ditangguhkan ke esok pagi.
Kat sini, kami tak heran sangat pasal makanan di meja buffet sebab sibuk nak makan buah rambutan. Geram tengok pokok buah di halaman rumah kawasan Felda
Purun menjadi sungguh, tak sama di Batu Balai tak merasa buah rambutan
atau pun durian tahun ni. Nikmat ya amat dapat merasa wajid durian yang disediakan sendiri oleh mak long, ada yang buat muka tak malu minta dibungkuskan nak bawa balik.
Bunga telur dan bahulu ikan, suka yang begini dari dapat benda yang saya tak boleh guna macam potpuri atau makanan ringan. Selamat melayari bahtera perkhawinan kepada mereka dan untuk Shuhada welcome to the big family Pahang, "Ibrahim's Family".
Wassalam.
No comments:
Post a Comment