Friday, 23 December 2016

Senja Di Api-Api (Kota Kinabalu)


Assalam...
Ini ketika bulan Mei lepas, petang hari terakhir perjalanan selama seminggu sebelum balik semula ke semenanjung.  Singgah minum petang di kawasan pasar malam KK, pilih tempat duduk bahagian belakang supaya boleh tengok laut dan pulau-pulau yang dilawati pada sebelah paginya.  



Nak saksikan senja yang cantik petang itu memang tiada sebab hujan renyai-renyai dari awal petang.  Nasib baik kami dah selamat sampai dari pulau sebelum hujan turun.


Syukur diberi nikmat pandangan dan pancaindera yang dapat melihat dan merasa kebesaran Allah, semoga aku tergolong dalam orang-orang yang bersyukur, menjaga dan berhati-hati menggunakan nikmat itu.


Agaknya ini antara kapal-kapal nelayan yang telah siap menjalankan tugasnya pada hari itu atau sedang bersedia untuk kembali semula ke laut lepas.


Antara peniaga makanan yang sedang sibuk untuk menyiapkan hidangan kepada pelanggan yang berkunjung ke gerai mereka.  Di celah-celah gerai itulah akan ada orang sibuk seperti saya yang mengintai untuk menyaksikan matahari terbenam.


Masih ada yang belum habis urusan petang itu, menghantar bekalan dari laut ke darat mahu pun sebaliknya.  Santai jer mereka ini memijak dan memunggah barangan di tebing batu tu, yang memerhati ini yang ngeri asyik terbayang batu licin, dan terjatuh ke laut.  


Sebab cuaca yang mendung dan hujan yang renyai, kami beredar sebelum magrib dan perlu menyelesaikan beberapa hal lagi sebelum balik ke sangkar masing-masing.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment