Assalam...
Terjumpa pasar ikan nie dengan tak sengaja, gara-gara mencari ais batu dan kotak untuk menyimpan ketam yang kami beli dari penjaja di depan penginapan. Malam sebelum tu dah beli ketam dari mereka tapi dah habis, kami bawa pergi kedai makan terdekat dan minta pekerja situ masak kan untuk kami. Kira masa ini beli untuk dibawa balik ke Sandakan, itu pun lepas peniaga tu sarankan kami boleh beli ais dan kotak di bangunan kedai yang terletak di belakang Pejabat Perikanan Semporna.
Antara jualan hasil laut penjaja yang ada di hadapan Dragon Inn. Seafood tu semua hidup lagi, udang lipan tu penuh dengan telur. Kalau nak beli yang kering pun ada macam abalone, scallop, sea cucumber dan macam-macam lagi.
Ikutkan hati nak beli scallop kering tu, sekilo harga murah sangat tak sampai seratus ringgit, wal hal harga di pasaran untuk scallop kering bermula dari RM350 sekilo. Tapi lupakan lah, ikutkan hati dan perasaan, alamak lagi cepat lah dapat gout nanti, cukuplah dengan alahan yang ada.
Kalau dah jumpa longgokan ikan segar macam ini, dengan harga yang sangat murah, anda rasa nak tengok saja kah?. Sekadar cium bau dah kenyang, ke nak berumah tangga dekat-dekat kawasan ini supaya senang nak dapatkan bekalan?.
Hasil laut yang pelbagai warna, rasa-rasa nak angkut bawa balik je semua jenis. Penggemar makanan laut macam kita orang memang meroyan bila tengok benda-benda macam ini.
Jarang dapat jumpa ikan belanak sebesar macam tu, tengok sisik berkilau-kilau menunjukkan betapa segarnya ikan belanak tu.
Cuba teka berapa ringgit kami beli sotong 3 longgok tu? Beli sampai tak ingat dunia sebab ada orang tu peminat tegar encik sotong. Sampai air sotong tumpah kena pada beg baju semua, tak jadi baginya. Bertabah lah kami yang lain penangan bau air sotong. Pengajaran sebab tak seal kemas kotak tempat sotong tu.
Memang tak boleh lupa, sampai ada yang berangan nak terbang pergi beli ikan ke Semporna, moga-moga jadi kenyataan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment