Assalam...
Salam Ramadhan kareem, semoga segala amal ibadah kita pada bulan ini diterima oleh Allah SWT. Tahun ini juadah berbuka puasa tak beriya jika dibandingkan tahun-tahun lepas, juadah sama macam hari-hari biasa yang jadi kelainan sebab ada tambahan buah kurma. Berbuka dengan apa yang ada saja kali ini, lagi pun tahun ini berbuka puasa lebih banyak di tempat kerja masing-masing, dekat isyak baru balik. Kiranya masak-masak dan bazar ramadhan belum lagi setakat ini, bagus jugak permulaan yang baik untuk mendidik diri agar jangan melampaui batas mengambil makanan seperti bulan-bulan sebelumnya.
Jika ada antara kawan-kawan, adik kakak yang merancang untuk menyediakan juadah pemanis mulut untuk hari raya ini. Boleh lah mencuba resepi kek buah kukus ini. Resepi lama pemberian dari seorang sahabat, tengok ukuran bahan pun guna kati, gelas semua belum sistem metrik lagi. Setiap kali nak makan kek buah cara kukus memang selalu guna resepi ini saja sebab hasilnya menjadi dan pas pada tekak kita, tidak terlalu manis.
Kek Buah Kukus
Sumber: Azie (Norazimah)
Bahan-bahan
1 gelas gula (untuk buat caremel / gula hangus)
campurkan dengan 1 gelas air - sejukkan.
1 kati (600gm) tepung gandum
1/2 kati (300gm) gula castor
500gm mentega
4 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
6 biji telur gred A
500gm campuran buah-buahan kering (mix fruits)
Cara Penyediaannya
* Sediakan gula karemel terlebih dahulu dan sejukkan.
* Sediakan loyang pengukus 10" x 10", gris dengan butter, dan lapikkan dengan kertas.
* Sediakan periuk pengukus yang sesuai.
* Ayak tepung bersama dengan cream of tartar, baking powder dan soda bikarbonat terlebih dahulu.
* Gaulkan buah campur dengan sedikit tepung.
* Pukul mentega bersama gula hingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
* Masukkan esen vanilla dan buah campur. Gaul sebati.
* Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul sebati.
* Akhir sekali masukkan karemel ke dalam adunan dan sebatikan.
* Tuang adunan ke dalam loyang. Tutup atas loyang dengan alminium foil untuk mengelakkan air kukusan jatuh terkena kek.
* Kukus kek selama 3 jam.
* Bila air kukusan berkurangan tambahkan air menggunakan air panas.
* Selepas masak, sejukkan kek terlebih dahulu daru keluarkan dari loyang.
Kalau guna resepi ini, dapat sebiji kek yang besar, jadi kalau rasa terlalu banyak bolehlah buat untuk setengah resepi saja. Kadang jadi masalah pula nak mengukus bila loyang terlalu besar, pengukus pun perlu besar.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment