Assalam...
Bulan puasa ini, rugi kalau tak dapat menikmati kuih akok che doh. Rugi sebab ianya limited edition tau, bulan-bulan lain takde hanya timbul ketika bulan Ramadhan yang mulia ini. Kat tempat lain memang ada berlambak orang jual kuih akok, sepanjang masa ada kan terutama di pantai timur. Tetapi ini special sebab kuih akok yang ini merupakan air tangan mak mertua, buat ketika bulan puasa sahaja untuk jualan di kampung. So apalagi anak-anak dan menantu kalau nak rasa akok che doh mo kita balik kampung.
Kuih Akok Che Doh (saya yang bagi nama) sempena nama gelaran orang kampung pada si tukang buat kuih akok ini.
Tahun ini tak berpeluang lagi balik kampung dan merasa kuih akok limited edition ini. Biasanya saya suka jadi tukang kacau di dapur, sambil-sambil tolong boleh intai bagaimana cara pembuatan kuih akok tradisi ini.
Bahan utama, telur, gula, santan dan tepung beras. Sambil kacau boleh belajar dan dapatkan tips buat kuih akok. Tukang buat pun tidak lokek bagi resepi, tapi tak berpeluang lagi nak mencuba.
Kuih ini, bagi yang tak suka bau telur, mungkin susah nak terima. Memang banyak guna telur, tetapi mak mertua selalu buat akok pandan, jadi hanyir telur tu terpotong dek wangi daun pandan.
Beginilah adunan yang telah siap ditapis dan sedia untuk di bakar.
Acuan akok tu mahal juga, kalau kat Pasar Payang Terengganu atau Pasar Siti Khadijah Kelantan, acuan tembaga harga mencecah ratusan ringgit jugak.
Yang tembaga ini, hari tu tengok harga RM250, telan air liur jap. Tetapi nak yang tradisi dan hasil yang terbaik kenalah guna acuan terbaik juga kan.
Dah jom kita bakar kuih akok. Mak mertua bakar akok guna kaedah kombinasi baru dan lama, separa tradisional, bahagian bawah bakar guna dapur gas dan bahagian atas guna sabut kelapa. Jadi bau-bau asap tu tetap ada (teringat pulak Kedai Bau Asap Eh, kat Terengganu).
Acuan kena lenser ngan minyak dan betul-betul panas baru boleh masukkan adunan. Masa tuang adunan, kalau tak ada bunyi serrrrr tu maksud tak cukup panas lagi ye adik-adik.
Kaedah membakar akok, separa tradisional. Yang duk bandar tu, bakar dalam oven pun boleh.
Kuih akok yang dah masak memang kembang setaman, tapi bila dah keluarkan dari acuan, akok akan mengecut.
Akok yang dah siap susun elok-elok atas loyang untuk disejukkan terlebih dahulu. Api kena jaga, untuk mengelakkan tergaring macam dalam gambar bawah ini (tapi saya suka jer makan yang garing macam tu).
Akok yang sudah sejuk bolehlah susun berdakapan seperti ini. Ini yang sedia untuk di pack dan dihantar ke kedai.
p/s- mencari waktu nak menyelit balik kampung untuk berbuka puasa dengan keluarga mertua dan makan kuih akok.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment