Assalam.....
Cerita awal bulan ini (pada 9 mei lalu), telah berlangsung majlis pertunangan kak sulung kami yang dibuat secara sederhana. Hanya ahli keluarga dan jiran tetangga terdekat dapat hadir sementara rombongan pihak lelaki lebih kurang 50 orang yang hadir. Majlis hari itu kira 2 in 1, majlis merisik dan bertunang, adatlah dapat orang jauh katanya. Pada mulanya diberi cincin merisik kepada pihak perempuan dan seterusnya disarungkan cincin pertunangan.
Tepak sirih jangan dilupa, simbol adat dan budaya orang melayu...bukan bawa sembarangan sebagai hiasan jer tau.
Selepas perbincangan kedua belah pihak, kata sepakat telah dipersetujui, maka cincin tunang disarung ke jari manis. Tugas menyarung cincin dilaksanakan oleh ibu saudara tertua pihak lelaki (kedua ibu dan bapak pihak lelaki telah meninggal dunia).
Selepas cincin tunang disarung ke jari manis, wakil yang menyarungkan cincin tadi bersama orang terdekatnya menyediakan simpulan sirih pinang. Daun sirih dicalit sedikit kapur, diletakkan gambir, cengkih dan pinang dan kemudian disimpulkan.
Sebagai menjunjung adat budaya, wakil pihak lelaki (makcik yang sarung cincin tadi) akan menyuapkan sirih pinang kepada si dara yang telah dipinang untuk teruna mereka. Sebenarnya ini pertama kali saya tengok adat makan sirih dalam majlis pertunangan, mungkin adat orang perak, sebab si teruna berasal dari teluk intan perak. Sebelum ini pernah saksikan acara menyuap gula pasir pada perempuan ketika majlis pertunangan di penang, sinonim dengan adat orang melayu pulau pinang (terutama keturunan india muslim).
Muka orang bertunang, kena kunyah sirih pinang...ada macam ayam berak kapur.
Pada hari tersebut kami adik-beradik pakat-pakat masak dengan bantuan jiran tetangga untuk menyediakan nasi arab mendhi ayam dan buah-buahan. Tapi kalau dah nama orang pahang, tak sah kalau takde ikan patin masak tempoyak untuk tetamu, ini surprised menu dari mak mertua.
Semua berjalan lanjar pada hari tersebut dan kami doakan ikatan yang terpateri hingga ke jinjang pelamin. Majlis telah dipersetujui akan dilangsungkan pada bulan ogos akan datang.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment