Assalam...
Hujan lebat turun mencurah waktu ini, hujan rahmat pada semua, mengurangkan bahang, gelisah jiwa, mencuci dan membawa segala daki dan kekotoran dunia. Biar terbatas aktiviti luar kala hujan, namun perut tidak pernah ada batasan untuk diisi bila tiba masanya. Hari itu dah up cerita pasal bihun carrot ini yang sangat nostalgia, boleh baca di sini. Menu nostalgia dengan kawan-kawan zaman bujang dulu, nasib semua hanya menjadi bujang yang tak sempat lapok walaupun ada seorang dua yang hampir menjadi lapok. Mengambil inspirasi kesedapan bihun singapore yang dibeli di gerai mami/mamu yang berniaga bihun dan putu mayam di pasar malam bayan baru. Setiap kali berkunjung ke pasar malam ini mesti singgah di gerai mami/mamu, kalau tidak membeli bihun singapore beli putu mayam yang sedap.
Bihun Carrot
Sumber: Ma'ani Abd Samat
Bahan-bahan
1 paket bihun - rendam seketika
2 biji telur
2 ulas bawang merah - blend
3 ulas bawang putih - blend
secukupnya isi udang / ayam
1 biji carrot - parut kasar
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
Bahan perasa - garam, gula dan serbuk perisa
Minyak untuk menumis
Bahan Pelengkap
Sambal kicap
Hirisan telur dadar, cili & tomato
Penyediaannya
* Tumis bahan blend hingga kekuningan, masukkan isi ayam / udang dan tumis hingga masak.
* Masukkan lada hitam dan telur.
* Masukkan carrot dan bihun. Jika bihun masih keras boleh letak sedikit air, tutup dan biar seketika kemudian gaul rata hingga bihun masak.
* Letakkan garam, gula dan serbuk perasa pilihan.
* Sesuaikan rasa dan boleh lah di hidangkan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment