Assalam...
Jom pergi senggol, ingatkan mereka nak ajak pergi gi club dangdut ke ape? terkenang lagu senggol-senggolan nyanyian ratu dangdut Indonesia Elvi Sukesi jaman kanak-kanakku dulu. Rupanya mereka mengajak daku ke pasar senggol, serupa macam pasar malam gitu, menjalankan operasi setiap malam gitu. Tercari-cari jugak nape dinamakan senggol?.
Pasar senggol yang kami kunjungi adalah Pasar Sambung Jawa yang terletak di kawasan Cenderawasih, Makassar.
Kami ke sini untuk berjumpa sedara yang berjualan
di sini. Masa kami sampai ini, awal lagi dalam jam 7 malam gitu,
pengunjung masih belum ramai.
Sempat i menyusur bawah khemah orang pasar tu nak tengok apa kat tengah-tengah tu. Tak tahu yang ianya sungai atau longkang, aliran dan airnya samalah cam kat tempat kita...yang mana dulu ek sungai ker longkang?
Pasar basah terletak di penghujung jalan, nak sampai ke sini perlu melalui gerai yang menjual baju-baju tu. Sebenarnya ada jalan dari lorong-lorong di penghujung kedai bagi mereka yang hanya bertujuan ke pasar basah ini.
Besarkan blok tempe tu...
Hanya jelajah sedikit sahaja kawasan pasar basah, sorang-sorang takut nanti sesat.
Antara cerita yang saya dengar, tak tahulah sejauh mana kebenarannya kenapa mereka menggelarnya pasar senggol adalah kerana menerima pengunjung yang ramai. Sering kali pengunjung yang datang terlalu ramai dan memang berasak-asak untuk mendapatkan barang keperluan masing-masing. Dalam keadaan yang bersesak-sesak itulah, menyebabkan pengunjung pastinya akan tersenggol dengan pengunjung yang lain.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment