Monday, 9 June 2014

Pasar Sentral - Pekkabata, Polman Sulawesi

 Assalam...
Penghakhiran siri berkunjung ke pasar sebelum balik dengan tujuan untuk mencari kuih-kuih tradisional kerana sebahagian kuih itu tidak ada dijual di Makassar.  Lepas itu boleh nak usha-usha keadaan pasar di sini pula yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Selasa.  Pasar ini kira heppening sikit sebab di sini terdapat beberapa blok rumah kedai 3 tingkat dan ada kemudahan bank.  Pasar dalam pekan dan antara pasar utama yang menerima kunjungan ramai selain pasar Wonomulyo dan Polewali.
Mula-mula kami round belah luar pasar dulu, ada gerai menjual buah-buahan dan pastinya kuih-muih tradisional yang saya cari tu.  Dah jumpa tu terus beli saja, macam2 ada tapi saya hanya mencari yang unik yang tidak akan jumpa bila balik Malaysia seperti kuih Dadar Belanda, Beppa Pute' dan Baje Kambu.
Antara tapak gerai yang dibuka oleh peniaga dan bersifat sementara.  Waktu berjualan dari seawal subuh hingga tengah hari.  Kami berkunjung agak lewat, dah ada peniaga yang dah mula bungkusss...
Mereka jual bawang guna kereta sorong jer, nampak tak benda yang dijadikan penyukat itu?  Dipanggil liter, macam yang dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok kan?  So kalau nak beli cuma cakap nak berapa liter, satu liter, setengah liter... 
Bahagian dalam pasar, menjual peralatan rumah tangga, pakaian dan bahan makanan kering.
Gerai-gerai yang terdapat di dalam bangunan beroperasi pada setiap hari.
Pandangan dari tingkat atas.
Peniaga tak lepaskan peluang dan tempat untuk berniaga, kawasan tangga pun ado.
Mari kita naik ke tingkat atas, ada jual apa kat atas tu.
Tingkat atas menempatkan gerai sayur-sayuran, daging, ayam dan makanan laut.
Strategi meletakkan pasar ikan dan sayur di tingkat atas adalah untuk memastikan peniaga yang berada di tingkat atas akan menerima pengunjung.  Susun atur perletakkan gerai adalah berdasarkan karena pengunjung kerana lebih separuh pengunjung yang datang pada hari pasar lebih kepada mendapatkan bekalan keperluan harian atau bekalan makanan.
Nak tahu jenis ikan sama ada ikan air tawar atau ikan dari laut, hanya perhati pada pengikatnya.  Ikan yang diikat pada kepala itu adalah ikan air tawar atau ikan yang di ternak di empang (kolam ternakan berhampiran pantai).  Kalau jenis ikan dari laut selalunya tak diikat.
Masjid Bahrun Amin, terletak di tingkat 2 bersebelahan dengan pasar ikan dan sayur.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment