Friday 2 December 2022

Lao Mandre: Pekena Nasi Beriani Johor di Beriani Hut

 

Assalamm...

Benda pertama nak buat selepas keluar dari klia, adalah mencari tempat makan.  Bukan tak nak makan di klia tadi, tapi sebab semua orang macam kalut, jemaah dan orang penghantar.  Nak pergi makan berdua apakah hal pula kan, sedangkan sedang beramai-ramai di situ.  Sedang mencari tempat makan setelah sampai di kawasan Kota Warisan, terpandang resto Beriani Batu Pahat Original ini.  Jom lah dah lama tak pekena beriani, jika tanya orang sebelah pastinya mamak lah pilihannya.  Sebab dah lapar sangatkan, tak pandang kiri kanan dah, terus cari meja, order, bayar dan tunggu mereka sediakan pesanan.  Makanan siap, ambil dan makan. 

Set nasi beriani dengan kambing, kami suka kambing memang sedap sangat lah pada kami yang ini.  Nasi beriani johor memang terpaling suka, jenis nasi beriani yang lain kurang minat.  Bagi saya nasi beriani johor makan nasi saja tanpa lauk pun dah sedap, kalau yang lain tu kuat sangat rasa rempahnya.

Yang ini pun dah lama tak makan.  Laksa johor, orang johor makan dengan tangan, kita makan guna sudu lah.  Sesudu demi sesudu masuk mulut, aik rasa dia lain sikit, ada macam rasa laksa utara pula, adakah pengaruh daripada jenis ikan?.  Warna kuah pun agak gelap sikit. Walaupun kurang rasa johornya, habis licin juga.

Alhamdulilllah perut kenyang dan ini kos makanan kami untuk petang itu.

Beriani hut ini, ada beberapa cawangan di Kajang, Cyberjaya dan Putrajaya.  Resto tempat kami makan ini terletak di Kota Warisan, Jalan Klia Evenue, Sepang.

Wassalam.

6 comments: