Assalam....
Syukur Alhamdulillah, tahun ini MIL dapat terpilih sebagai tetamu Allah (duyufurRahman) mengunjungi Baitullah untuk menunaikan ibadah umrah. Hasrat dan impian yang sekian lama diidamkan. Beberapa tahun lalu adik-beradik MIL ajak pergi bersama-sama tetapi ketika itu terpaksa ditolak kerana menjaga ayah yang kurang sihat.
Apa yang lebih manis, MIL menunaikan umrah atas tajaan anak saudaranya bersama dengan 6 orang lagi adik beradiknya (kesemua adik beradik 11 orang, 4 orang tak dapat pergi). Perancangan mereka pergi 8 orang adik beradik tetapi, ketetapan Allah berkata lain, saat akhir mok ngah terpaksa tarik diri kerana suami yang sedang sakit.
Abang-abang 'B' bergambar dengan encik Iqbal, biar jangkit aura bisnes jutawan kata mereka. Iqbal turut menghantar adik dan keluarganya yang akan menunaikan umrah bersama rombongan MIL.
Gambar terbaru MIL 7 orang adik beradiknya selepas menunaikan umrah wajib. Beberapa tahun dulu, mereka mengerjakan ibadah umrah 7 beradik juga bersama mok ngah tanpa MIL. Tahun ini 7 beradik bersama MIL tanpa mok ngah.
Ini di Jabal Rahmah bersama moknik dan anak bungsu moknik. Rezeki moknik kali ini mengerjakan umrah bersama kesemua anak, menantu dan cucu-cucunya.
Semoga bertambah murah rezeki anak saudara yang menaja umrah MIL dan boleh luaskan lagi tajaan umrah selepas ini. Boleh lah taja sepupu sepapat pula kan, ahak.
Wassalam.
Salam syawal 2023.. selamat hariraya maaf zahir batin
ReplyDelete